Tuesday, October 25, 2016

Dek Lawak 'Bodoh' Nabil, Inilah Respon Elly Mazlein MENGEJUTKAN!

Baru-baru ini kecoh apabila ketika minggu kedua konsert Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berlangsung malam Ahad lalu telah mencetuskan kritikan netizen apabila gurauan Nabil Ahmad selaku pengacara GV3 agak kurang ajar buat Elly Mazlein. 

Pada malam itu, sejurus Elly selesai membuat persembahan lagu 'Terpisah Jua', Nabil mengeluarkan kenyataan "macam ni punya cantik pun berpisah jua" yang dianggap sebagai gurauan mengundang persepsi berbeza di kalangan netizen.

Namun, Elly akui tidak terasa atau ambil hati dengan gurauan pengacara Nabil Ahmad.



Walaupun ramai yang menganggap gurauan Nabil kasar, namun menurut Elly dia hanya menganggap itu sebagai gurauan.
"Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya.
"Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya," jawabnya.
Sementara itu, Elly turut mengajak peminat untuk sama-sama nantikan persembahannya dalam konsert ketiga akan datang dengan lagu berjudul Perawan atau Janda.
"Mari kita bergembira serta bergelek bersama dengan saya pada minggu hadapan dengan lagu Perawan atau Janda," katanya.
Apapun, tidak salah nak bergurau tapi ada hadnya juga. Semoga isu ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.


Dek Lawak 'Bodoh' Nabil, Inilah Respon Elly Mazlein MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.