Thursday, October 27, 2016

Cristiano Ronaldo Dikecam Dek Bergambar Dengan Patung Buddha Bikin PANAS!

Beberapa hari lalu, bintang bola sepak Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo dikecam hebat apabila memuat naik gambar bersama patung Buddha di laman sosial Instagram peribadinya.

Gaya Ronaldo yang meletakkan kaki di sisi patung Buddha itu dikatakan sebagai tidak sensitif dengan agama tersebut.



Gambar yang dimuat naik enam hari lalu dengan kapsyen 'Bom dia' atau membawa maksud 'Selamat Pagi' itu menerima dua juta tanda suka dan  mencecah 30,000 komen.

Namun, rata-rata peminatnya meminta agar bintang bola sepak itu memadam gambar tersebut agar tidak terus mencetuskan kontroversi. Bagaimanapun, Ronaldo tidak mengambil peduli tentang kontroversi tersebut.

Cristiano Ronaldo Dikecam Dek Bergambar Dengan Patung Buddha Bikin PANAS! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.