Wednesday, October 26, 2016

Che Ta KONGSI Tips Sedondon Ketika Di Luar Negara Pasti Bikin Anda TERKEDU!

Jika anda perasan setiap kali Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta bercuti ke luar negara bersama keluarga, mereka akan berpakaian sedondon. 

Namun, Che Ta ada rahsia tersendiri bagaimana mereka kelihatan sedondon dan cantik meskipun di negara orang. Menurut Che Ta, mereka akan membawa 20 bagasi setiap kali ke luar negara dan jumlah itu adalah normal baginya. 
"Biasanya saya yang akan siapkan atau pack sendiri semua baju suami dan anak-anak kerana saya mahu kami anak beranak pakai sedondon setiap hari.

"Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari.
"Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama.
"Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Inilah Respon Paling 'Win' Tunku Idris Dek Komen Rakyat Yang Tidak Berasas!


 Bahkan, Che Ta akan mengambil masa hingga satu hari untuk mengemas kesemua 20 bagasi yang akan dibawa.
"Penat juga bila perlu kemas semua bagasi sendiri.
"Meskipun saya sudah mengasingkan lebih awal apa yang mahu dibawa tetapi untuk siapkan semua, ambil masa hingga satu hari juga.
"Dalam masa satu hari itu saya akan fokus dengan bagasi dan pakaian sehingga ia selesai," tambahnya lagi. 


Che Ta KONGSI Tips Sedondon Ketika Di Luar Negara Pasti Bikin Anda TERKEDU! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.