Wednesday, October 26, 2016

Babak Juruterbang Fattah Amin Dikritik Netizen, Ini Respon 'Pedas' Michael Ang MENGEJUTKAN!

Drama terbaru arahan Michael Ang iaitu Suri Hati Mr Pilot mendapat tempat di hati penonton dan menjadi trending di laman Twitter. Drama tersebut yang menampilkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama adalah satu pilihan yang terbaik. 


Namun, baru-baru ini ada pihak mempertikaikan babak Fattah sebagai seorang juruterbang yang dilihat bekerja seperti 'office hours'. Susulan itu, Michael Ang tampil jelaskan keadaan sebenar. 

Babak Juruterbang Fattah Amin Dikritik Netizen, Ini Respon 'Pedas' Michael Ang MENGEJUTKAN!

"Saya mengkaji setiap watak yang saya berikan kepada pelakon. Sebagai juruterbang kalau sekadar bekerja untuk perjalanan dalam negara adalah perkara biasa jika mereka pulang ke rumah setiap hari.
"Ada juga babak yang saya tonjolkan Fattah tidak pulang ke rumah dan Neelofa pulang ke rumah ibu bapanya. Sepupu saya juga seorang juruterbang dan saya tahu jadual kerjanya bagaimana," jelasnya. 
Buat Michael, ada penonton yang terlalu taksub sehingga mereka ingin mengambil tahu setiap perkara didalam drama.
"Drama ini hanya 16 episod dan saya tidak boleh bercerita terlalu teliti mengenai kerjaya seorang juruterbang. Drama ini lebih kepada kisah hidup Ejaz dan Warda. Kalau hendak cerita keseluruhan kisah juruterbang baik saya buat tajuk cerita Kisah Hidup Seorang Juruterbang saja," tambahnya lagi. 
Apapun, semoga penjelasan Michael ini dapat membuka mata peminat drama supaya jangan terlalu taksub sehingga tidak dapat membezakan dunia realiti dan lakonan semata-mata. 


Babak Juruterbang Fattah Amin Dikritik Netizen, Ini Respon 'Pedas' Michael Ang MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.