Thursday, October 27, 2016

Azharina Tak Malu Mengaku Diri Orang kampung

Penyanyi Azharina menjelaskan tindakannya menghebahkan dia orang kampung bukan untuk meraih perhatian penonton pada program Gegar Vaganza musim ketiga.

Penyanyi berusia 31 tahun yang popular dengan lagu Elergi Sepi ini lebih selesa jika peminat dan orang sekeliling mengetahui perkara itu tanpa perlu mendengar pelbagai versi mengenai kehidupannya daripada pihak lain.
"Saya tak malu untuk memberitahu semua orang saya orang kampung. Tidak ada apa yang perlu disorokkan kerana itu adalah hakikat sebenar. Malah, orang sekeliling yang rapat dengan saya pun tahu mengenai perkara itu.
 
"Namun, masih ada segelintir pihak yang tidak percaya hanya disebabkan kehidupan saya sekarang. Untuk makluman segala apa yang dimiliki itu adalah hasil kerja keras dan titik peluh sendiri.
"Lagipun, itu bukan bermaksud ia boleh memadam asal usul saya. Saya masih sama seperti dahulu. Kalau ada yang bercerita mengenai saya, itu daripada mereka dan bukan daripada mulut saya sendiri. Bukan apa saya tak pernah bermegah atau menunjuk kepada orang apa yang dimiliki," katanya.

Azharina Tak Malu Mengaku Diri Orang kampung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.