Thursday, August 11, 2016

(VIDEO) Selepas Ira Kazar, Tarian Gelek Empat Penari Wanita Bertudung Dikecam Netizen

Sejak Khamis lalu, menjadi viral di laman sosial memaparkan video tarian gelek yang dipersembahkan sempena perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian itu di sebuah hotel.

Video itu menjadi viral di laman sosial Facebook apabila dikecam netizen kerana dianggap tidak bersesuaian memandangkan tarian terbabit yang sinonim dengan aksi mengghairahkan.

Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Baru, Wan Salmiah Wan Abdul Ghani mengakui kesal apabila video persembahan tarian gelek ahlinya menjadi viral dan mendapat kritikan  pelbagai pihak di media sosial.


Perkara itu disampaikan Wan Salmiah pada mesyuarat bersama Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin susulan insiden pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan sayap bahagian itu yang mencetuskan pelbagai tanggapan negatif pada 6 Ogos lalu.

ARTIKEL MENARIK:- Anda Pasti Tak Percaya! Inilah Gambar Terdahulu Kapten Mukhriz Berbadan Gempal, Kini Jadi Jejaka Sado Mengejutkan Ramai

Sementara itu menurut Setiausaha UMNO Bahagian Kota Bharu iaitu Zulkifli, Puteri UMNO Kota Bharu mengakui kesilapan mereka menyajikan persembahan itu sebagai pembuka acara dan permohonan maaf secara terbuka dilakukan.
“Perkara sudah berlaku dan mereka mengakui kesilapan. Mereka berjanji lebih berhati-hati memilih persembahan selepas ini.
“Kami harap perkara begini tidak berlaku lagi kerana tidak mahu menimbulkan tanggapan negatif umum terhadap parti,” katanya.
Zulkifli yang turut berada di majlis itu mengakui terkejut apabila disajikan dengan persembahan berkenaan kerana kebiasaannya mereka mengutamakan tarian tradisional Melayu sebagai pembuka acara.
“Tetamu lain juga terkejut, tapi nak kata apa lagi sebab benda sudah berlaku. Cuma UMNO Bahagian berharap ia tidak berulang lagi,” katanya.
Pada mesyuarat itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Ab Rahman hadir merasmikan majlis.

</>

(VIDEO) Selepas Ira Kazar, Tarian Gelek Empat Penari Wanita Bertudung Dikecam Netizen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.