Thursday, August 4, 2016

VIDEO Anak Gelek Luc4h Jadi Viral Dan Dihentam Netizen, Ini Respon Slumber Normah Damanhuri

Jika sebelum ini kecoh mengenai Ahya Ulumuddin Rosli, 29, yang mencetuskan kontroversi apabila tanpa segan silu, berkongsi gambar panasnya bercium dengan kekasih di tepi pantai menerusi laman Instagram dihentam netizen kemudian tidak lama selepas itu muncul lagi dengan kisah sensasi nama kedai shisha miliknya yang disifatkan lucah iaitu ‘Kelentit Rindu’, terkini pula kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli menjadi tumpuan netizen kerana video panasnya bergelek dan beraksi luc4h untuk mempromosikan produk jamu miliknya.


Jom tengok aksinya..

Bagaimanapun ibu kepada kedua anak ini Normah Damanhuri, dilihat sedikit pun tidak marah berhubung perkara tersebut malah beranggapan ianya baik untuk strategi perniagaan.
Normah yang pernah ‘dibahan’ netizen kerana masih belum berubah seperti pelakon lain seusianya yang kini bertudung dilaporkan berkata kepada sebuah akhbar tempatan, “Saya tahu dia merakam video itu tetapi tak sangka pula ia boleh jadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan.”
Untuk info, Ahya sebelum ini pernah juga muncul dalam iklan produk Terlajak Laris yang tersebar di Internet dan mendapat kritikan kerana aksi luc4h yang keterlaluan.

Memang benar kata Normah Damanhuri bahawa cuma Allah SWT lebih mengetahui niat setiap manusia namun dalam masa yang sama janganlah pula lupa, Allah Taala telah memberi garis panduan jelas dalam perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanNya.

VIDEO Anak Gelek Luc4h Jadi Viral Dan Dihentam Netizen, Ini Respon Slumber Normah Damanhuri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.