Saturday, August 13, 2016

Setelah Lama Mendiamkan Diri, Akhirnya Nurulhidayah 'BUKA MULUT' Isu Kematian Suami!

Beberapa bulan yang lalu kita semua dikejutkan dengan berita TAKZIAH! Menantu Zahid Hamidi Meninggal Dunia, Punca Sebenar Kematian Didedahkan iaitu suami kepada anak sulung kepada timbalan perdana menteri, Datuk Nurul hidayah Ahmad Zahid

Setelah lama mendiamkan diri, beliau terpanggil untuk memberi respon berhubung pertuduhan ke atas seorang doktor berkaitan kes kematian suaminya itu.

Menurut Nurulhidayah, 38, yang kehilangan suami, Syed Alman Zain Syed Alwi semasa mendapatkan rawatan gigi Jun lalu, laporan mengenai pendakwaan terhadap doktor berkenaan menjadi sebahagian daripada bacaannya pada Jumaat.


Nurulhidayah menerusi posting di laman Instagramnya, beliau berkata, walaupun reda dengan apa yang berlaku, peristiwa itu telah memberi kesan mendalam buat dirinya.

Beliau menterjemahkan emosinya berhubung berita yang dibacanya itu dengan ungkapan ringkas berbunyi:  "kesakitan yang teramat"
"...antara siri bacaan hari ini. Semoga ia tidak berlaku kepada orang lain.
"Redha dalam sakit. Kesakitan yang teramat - Sakit," tulisnya, disertai gambar laporan pendakwaan itu.
ARTIKEL MENARIK:- Masih Ingatkah Dengan Mek Siti Salam Pantai Timur? Lihat Penampilan Terbarunya Yang Mengejutkan!


Terdahulu, ibu kepada tiga anak ini juga telah memuat naik gambar berita pertuduhan di laman sosialnya itu berserta tulisan menyatakan harapan agar segalanya berjalan lancar
"Alhamdulillah. Sempena hari Jumaat yang penuh barakah. Semoga dipermudahkan. Amin YRA."

Kedua-dua posting tersebut telah menerima komen daripada pengikut-pengikut IG beliau yang turut memberi sokongan moral terhadapnya.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan mengenai status doktor yang dituduh.

Doktor perbidanan dan sakit puan (O and G) Dr Ting Teck Chin, 36, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian Syed Alman, 44.

Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian, dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Zainal L. Salleh membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober untuk sebutan semula kes.

Sumber Mstar Online

Setelah Lama Mendiamkan Diri, Akhirnya Nurulhidayah 'BUKA MULUT' Isu Kematian Suami! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.