Saturday, August 13, 2016

Selepas Che Ta, Kini Pengasas AuraWhite Pula Terima Nasib Sama Apabila Kereta Miliknya Hilang Dicuri

Beberapa hari lalu, kecoh apabila kereta mewah berjenama Toyota Vellfire milik Che Ta telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Terkini pengasas AuraWhite, Furyna Azmer juga mengalami nasib sama petang semalam apabila keretanya jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu hilang dicuri. 

Furyna menerusi laman sosial Facebook dan Intagramnya, telah meminta jasa baik orang ramai membantu mencari keretanya bernombor plat SS 234 itu dengan cara memviralkan beberapa keping foto kenderaan miliknya itu. 


Menerusi kapsyen yang dimuatnaik pengasas produk kecantikan tersebut, dia menyedari kehilangan keretanya itu kawasan pejabatnya yang terletak di Taman Mahkota Cheras, kira-kira jam 7.21 malam. 



Terdahulu, Che Ta kerugian RM300,000 selepas keretanya dilarikan dari tempat letak kereta di kediamannya. 

Sementara itu, pengikut di kedua-dua laman sosial Furyna menyatakan kebimbangan mereka kerana kedua-dua kes (Che Ta dan Furyna) kecurian melibatkan kereta jenis Vellfire berlaku dalam minggu yang sama. 

Selepas Che Ta, Kini Pengasas AuraWhite Pula Terima Nasib Sama Apabila Kereta Miliknya Hilang Dicuri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.