Wednesday, August 3, 2016

Raja Ilya Alami PENYAKIT PELIK, Kondisi 50/50 Untuk Hidup!

Siapa sangka Raja Ilya yang kini jarang muncul di kaca televisyen melalui peristiwa ngeri pada Ramadhan lalu apabila dia terkena jangkitan bakteria sehinggakan terpaksa dirawat dalam keadaan kritikal.

Menurut Raja Ilya,31, dia tidak mahu menghebohkan perkara berkenaa susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan apabila dia tidak diterima di pusat perubatan swasta.

Tambah Raja Ilya lagi, keadaan yang dialami ketika itu amat teruk sehinggakan pihak hospital berkenaan menyatakan kondisinya untuk hidup adalah 50/50.
"Saya jatuh sakit yang sangat teruk sehingga pusat perubatan swasta tidak terima dan terpaksa dirawat di hospital kerajaan. Mereka kata kondisi saya sudah 50/50 untuk hidup.

Raja Ilya kemudian dihantar ke pusat Pusat Perubatan Universiti Malaya selama dua minggu. Doktor telah mengesahkan beliau terkena rare bacteria infections yang mungkin berpunca daripada kucing yang dibela olehnya.
"Kemudian saya dihantar di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) selama 14 hari. Doktor beritahu saya terkena rare bacteria infections yang mungkin berpunca daripada kucing yang saya bela," ujarnya.

Raja Ilya ditemui pada majlis pelancaran KL Vampires yang diadakan di Hotel Pearl International di sini, semalam memaklumkan dia juga mengalami 12 ketulan yang tumbuh di seluruh badan termasuk di wajahnya.
"Penyakit itu pelik, doktor beritahu, ia satu dalam seribu. Selain tekanan darah terlalu rendah, saya juga ditumbuhi 12 ketulan besar di seluruh badan.
"Saya sudah bedah dan buang dua ketulan itu, Insya-Allah, saya akan ke hospital semula untuk buang ketulan yang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Ilya, turut tidak menolak masalah kesihatannya itu disebabkan disihir atau terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.
"Saya ada pergi berubat tradisional dan mereka kata perkara itu ada melibatkan pihak lain. Kalau benar saya 'dibuat' oleh seseorang, saya ucapkan terima kasih kerana dia sudah berjaya buat saya sengsara," ujarnya.

Sementara itu, ramai yang cuba menghubungi Raja Ilya bagi mendapatkan perkembangan terkininya namun dia memohon agar pihak media tidak menghebohkan perkara tersebut kerana khuatir akan menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya.
"Ramai media yang hubungi saya untuk dapat maklumat dan ada juga yang datang hospital. Tapi saya merayu supaya tidak keluar cerita tentang saya sakit.
"Saya tidak mahu orang lihat wajah saya waktu sakit dan ia juga akan menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga saya yang berada di luar negara," ujarnya.

Raja Ilya Alami PENYAKIT PELIK, Kondisi 50/50 Untuk Hidup! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.