Saturday, August 13, 2016

Pendedahan Sebenar Disebalik Kisah Kanak-Kanak 7 Tahun Yang Disahkan GILA Akibat Terlalu Kuat Belajar!

Siapa sangka akibat si ibu yang terlalu inginkan anaknya agar menjadi seorang yang bijak pandai akhirnya mengundang padah sehingga mendatangkan kesan buruk terhadap anak.

Kisah ini terjadi pada salah seorang golongan VIP dimana dia terlalu inginkan anak perempuannya jadi pandai hingga tiada langsung masa untuk bermain seperti kanak-kanak normal yang lain. Akibatnya, anak perempuan yang berusia 7 tahun itu mula berkelakuan seperti tidak siuman. 


Baca kisah selanjutnya:-

Dipetik dari seorang penulis yang berkongsi cerita di facebook,

”hari ini saya pergi ke hospital, menziarahi anak rakan saya yang sakit. Rakan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan VIP.

Anak perempuannya adalah seorang yang comel, berusia 7 tahun, saya membawakan anak patung untuknya.

Waktu saya datang dia mengenali saya ”makcik iti ek?” ia jawab saya” dengan agak terharu kerana dia masih mengenali saya.

Makcik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?

Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang mengajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25, selepas itu dia membacakan doa makan.


Makcik iti jom sambung ayat saya” saya pergi ke sekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh-sungguh, dia memang comel, pandai dan bijak.

Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhatikan kami dan hanya mampu menangis mengalirkan air mata” saya turut berduka dengan penyakit yang di tanggung oleh anak perempuannya itu.

Sakit apa?

Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa, yaaa sebuah hospital sakit jiwa.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Dua minggu sebelum sakit anak perempuan rakan saya ini selalu  menjawab soalan cikgunya dengan jawapan yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawapan lain seperti huruf jawi, kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.

Menurut doktor yang menjaga kanak-kanak malang ini, dia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa berehat, dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya penat.

Yang lebih mengharukan lagi, waktu dia melihat ibunya menangis si anak berkata “ibu jangan menangis, saya dah pandai”

Kanak-Kanak ini adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ, ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa kerana broken home. Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa kerana tekanan belajar yang di paksa oleh ibunya.

Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak, biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup.

Pendedahan Sebenar Disebalik Kisah Kanak-Kanak 7 Tahun Yang Disahkan GILA Akibat Terlalu Kuat Belajar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.