Monday, August 1, 2016

PENDEDAHAN SEBENAR Disebalik Kisah Tokoh Korporat Pukul Isteri Yang MENGEJUTKAN Ramai!!!

Sejak Jun lepas kita digemparkan dengan berita seorang tokoh perniagaan muda yang didakwa telah memukul isterinya. Pasangan ini dikatakan telah pun bercerai tahun ini. Kes yang akan disebut semula pada awal Ogos ini sebenarnya adalah sebuah kes berprofil tinggi kerana melibatkan seorang ahli perniagaan terkemuka, namun jika diteliti laporan akhbar samada bercetak mahupun digital, hanya Malaysiakini sahaja yang membuat liputan, dan kemudiannya diulang siar pula di dalam beberapa buah blog.

Ada pihak yang beranggapan bahawa portal berita Malaysiakini telah dibayar oleh pihak bekas isteri untuk membuat liputan ini demi meraih simpati masyarakat di samping cuba untuk memburuk-burukkan nama ahli perniagaan tersebut. Sejauh mana kebenaran anggapan ini, hanya Tuhan dan mereka yang terlibat sahaja tahu.
Penulis bukannya mahu mempertahankan tindakan ahli perniagaan tersebut, malah penulis juga tidak bersetuju kepada sebarang bentuk keganasan terhadap wanita. Namun, penulis melihat kepada dua faktor.

Pertama, kes ini melibatkan seorang tokoh perniagaan terkenal dan sangat kaya. Dengan kata lain, ianya melibatkan jutaan ringgit. Kedua pula, integriti si pengadu iaitu bekas isteri ahli perniagaan ini sangat questionable (boleh dipersoalkan). Ditambah pula dengan segala kekecohan yang sengaja ditimbulkan di laman media sosial Instagram di mana bekas isteri dan beberapa orang rakan beliau mula menyerang ahli keluarga bekas suami, penulis mula berasa ragu dan timbul pula syak bahawa segala ini berlaku hasil daripada perancangan rapi pihak bekas isteri.


Mungkin beliau ada agenda sendiri? Agenda yang melibatkan jutaan ringgit? Seperti yang penulis katakan awal tadi, hanya Tuhan dan mereka yang terlibat sahaja tahu. Namun, kita boleh cuba merungkai satu demi satu apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan cerita-cerita yang disampaikan oleh mereka yang rapat dengan keluarga ahli perniagaan ini.

Menurut mereka, masalah bersama bekas isteri ini bermula sekian lama. Malahan, sebelum berkahwin pun ahli keluarga ahli perniagaan ini kurang senang dengan sikap bekas isteri yang terlalu controlling dan bersikap umpama seorang diva. Beliau dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai teman wanita, dan kemudiannya isteri, untuk membelanjakan wang syarikat sesuka hati.
Dikatakan arwah bapa kepada ahli perniagaan ini pernah tidak berpuas hati apabila melihat laporan audit syarikat. Selain daripada membelanjakan wang syarikat umpama syarikat milik sendiri, si isteri ini juga dikatakan bersikap angkuh dan biadab terhadap ahli keluarga mertuanya, termasuklah seorang bapa saudara yang memegang jawatan pengarah di syarikat tersebut.

Sikap beliau amat tidak disenangi ahli keluarga mertua. Diceritakan oleh mereka yang rapat, arwah bapa kepada ahli perniagaan itu enggan hadir ketika upacara akad nikah mereka berlangsung. Sampai begitu tahap tidak puas hati arwah bapa ahli perniagaan ini terhadap menantu beliau. Antara sebab lain kenapa ahli keluarga mertua beliau tidak suka kepada beliau adalah beliau dikatakan sebagai seorang yang sangat dahagakan perhatian, sehingga suka memanggil segala bentuk media untuk membuat laporan tentang segala macam acara yang melibatkan keluarga ini. Arwah bapa ahli perniagaan ini lebih suka bersikap “low profile” dan tidak suka menonjolkan kemewahan keluarga beliau.


Si isteri ini juga amat bermuka-muka. Apabila berada bersama keluarga mertua, beliau akan tunjukkan sifat-sifat seorang isteri yang baik. Namun hakikatnya jauh sekali. Urusan rumahtangga diuruskan oleh pembantu-pembantu rumah, namun si isteri pula yang dapat nama. Diceritakan oleh mereka yang rapat dengan keluarga ini, ahli perniagaan tersebut pernah ke dapur untuk bancuh air beliau sendiri! Sikap berpura-pura dan sering menunjukkan perangai buruk ini telah mengakibatkan ramai pembantu-pembantu rumah beliau berhenti kerja. Tidak ada seorang pun pembantu rumah yang kekal lama bekerja dengan beliau. 

Malahan, ada bekas pembantu-pembantu rumah beliau yang mengadu pernah menjumpai pelbagai bentuk “benda-benda pelik” di rumah. Mereka beri gambaran seolah si isteri ini menggunakan ilmu hitam untuk “mengikat” hati suami! Di pejabat pula, beliau kerap mengarahkan kakitangan syarikat membuat urusan perniagaan tanpa persetujuan suami. Dengan alasan “my instruction is his instruction”, beliau bersikap seolah-olah beliaulah “big boss” sebenar di dalam syarikat. Untuk memastikan agenda beliau berjaya, beliau dikatakan telah melantik dan menempatkan “orang-orang” beliau di dalam syarikat. Hal ini telah menambahkan kekalutan syarikat serta mengeruhkan lagi hubungan bersama keluarga suami beliau.


Selepas melahirkan anak pertama, pihak syarikat dikatakan telah memberikan cuti panjang kepada isteri ahli perniagaan ini. Mungkin berasa tidak senang dengan segala kepincangan dalam syarikat, tindakan memberi cuti ini diambil pihak pengurusan syarikat untuk membetulkan segala kepincangan tersebut. Namun ini tidak menghalang si isteri untuk terus menaikkan kemarahan arwah bapa mertua beliau. Dikatakan arwah bapa mertua beliau sekali lagi tidak puas hati dan agak marah apabila si isteri bertindak memanggil segala bentuk media untuk membuat liputan majlis aqiqah anak pertama pasangan tersebut. Majlis aqiqah tersebut turut disiarkan di televisyen. Hal ini benar-benar menimbulkan kemarahan arwah bapa ahli perniagaan tersebut.

Diceritakan juga oleh mereka yang rapat, arwah bapa ahli perniagaan tersebut yang ketika itu sedang menjalani rawatan kemoterapi di luar negara telah meminta syarikat mengeluarkan notis interim bahawa segala urusan syarikat akan diserahkan kepada anak beliau yang kedua, iaitu adik kepada ahli perniagaan ini. Arwah bapa beliau seolah-olah sudah tahu apa yang akan berlaku kepada keluarga dan syarikat beliau sekiranya tampuk kepimpinan syarikat diserahkan kepada anak sulong beliau yang beristerikan seorang yang tamak dan gila kuasa.

Hal ini menimbulkan kemarahan si isteri, dan tidak cukup dengan itu beliau juga bengis apabila seorang demi seorang “orang-orang” beliau di dalam syarikat telah dipecat dan digantikan dengan orang lain. Pada waktu inilah kakitangan syarikat telah menemui pelbagai bentuk salahgunakuasa dalam syarikat yang melibatkan jutaan ringgit. Lebih mengejutkan, kakitangan syarikat juga menemui beberapa alat pengintip perbualan jarak jauh (bug) yang diletakkan di dalam pejabat ahli perniagaan tersebut! Tidak cukup dengan cubaan menggunakan kuasa ghaib, isteri beliau juga menggunakan teknologi moden untuk “mengawal” pergerakan suami beliau.

Cerita-cerita ini tidak tamat di sini sahaja. Banyak lagi yang akan dibongkar satu persatu. Walaupun hal ini adalah urusan keluarga, namun tindakan bekas isteri ahli perniagaan ini menggembar-gemburkan kepada media serta usaha beliau memburukkan nama keluarga ahli perniagaan ini adalah satu tindakan yang sangat keji. Mungkin beliau lupa selama ini keluarga yang beliau keji dan hina inilah yang telah menanggung kehidupan beliau sekeluarga sehingga dapat hidup dalam kemewahan. Mereka yang rapat dengan keluarga ahli perniagaan ini mendakwa memang si isteri ini bersikap pemurah terhadap ahli keluarga kedua-dua belah pihak, namun semua itu hanyalah lakonan beliau demi mencapai agenda sulit yang sangat keji.

Lebih teruk lagi, semua yang dibelanjakan oleh si isteri adalah wang suami, bukannya wang miliknya sendiri! Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada tarikh kejadian di mana ahli perniagaan ini didakwa telah memukul isterinya. Namun, lelaki tidak akan mudah hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita melainkan kesabarannya telah diuji dengan teruk sekali. Ahli perniagaan ini bukanlah seorang pemabuk atau seorang yang pembengis. Beliau adalah seorang yang sangat penyayang dan berjiwa tenang.

Kita juga jangan lupa bahawa si isteri adalah seorang pemegang talipinggang hitam dalam seni mempertahankan diri. Tidak mudah untuk sesiapa mencederakan beliau. Menurut mereka yang rapat dengan keluarga ini, gambar-gambar kecederaan yang si isteri canangkan kepada setiap rakan-rakan beliau adalah sebenarnya gambar-gambar palsu. Sebelum kita pantas menjatuhkan hukuman dan persepsi, sebaiknya kita dengar penjelasan kedua belah pihak. Kekeruhan dalam perkahwinan mereka, dan hubungan yang tidak baik bersama keluarga telah berlarutan sejak mereka berkahwin lagi. Setelah bercerai, keadaan kini dikeruhkan lagi apabila si bekas isteri enggan membenarkan bapa kepada tiga orang anak mereka untuk bertemu dengan mereka. 

Inilah punca berlaku banyak perbalahan di laman media sosial Instagram, apabila si bekas isteri bersama beberapa orang lain tidak berhenti menyerang ahli-ahli keluarga ahli perniagaan ini sehingga mengeluarkan kata-kata yang sangat kesat.
Kita lihat apa keputusan mahkamah nanti. Dan dari situ kita boleh lihat lagi apa langkah seterusnya yang akan diambil oleh si bekas isteri. Sememangnya, kemewahan sudah pastinya mampu membuat sesiapa pun bertindak di luar batas perikemanusiaan. Dan sebagai seorang yang selama lebih 10 tahun disajikan dengan pelbagai bentuk kemewahan, tidak mudah untuk beliau membuat pilihan lain.

Sumber : Viral-Posts

PENDEDAHAN SEBENAR Disebalik Kisah Tokoh Korporat Pukul Isteri Yang MENGEJUTKAN Ramai!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.