Thursday, August 4, 2016

Nadya Syahera Terpaksa Berehat Dari Dunia Seni Akibat Penyakit Yang Ditanggung!

Pelakon baru yang kini sedang menempah nama dalam industri hiburan, Nadya Syahera telah disahkan menghidap penyakit atau lebih dikenali dengan nama bengkak kelenjar.

Nadya Syahera yang memegang watak Bella dalam drama Dia Semanis Honey perlu berehat dari dunia seni apabila sudah hampir seminggu terlantar di rumah akibat penyakitnya itu.



Apa yang difahamkan Nadya perlu menjalani pembedahan secepat yang mungkin untuk kembali sihat seperti biasa. Tarikh dan lokasi pembedahannya masih belum diketahui kerana dia perlu menunggu jawapan daripada pihak hospital.
“Saya tidak tahu punca kesakitan saya dan sehingga kini saya masih lagi berehat di rumah. Kalau nak katakan saya terlalu sibuk dengan kerja, tidak juga. Mungkin kerana saya kurang minum air. Baru-baru ini, saya tidak selera makan, jadi badan pun jadi lemah. Mungkin ia juga antara sebab macam-macam penyakit datang. Berat badan saya juga sudah turun tujuh kilogram. Kali ini sakitnya berbeza, sampai hendak berjalan pun saya perlu dipimpin.”

Apapun didoakan agar Nadya kembali sihat dan semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar.

Nadya Syahera Terpaksa Berehat Dari Dunia Seni Akibat Penyakit Yang Ditanggung! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.