Tuesday, August 2, 2016

MENGEJUTKAN! Abang Long Fadhil Kemalangan Lagi Dan PUNCA Sebenar

Selepas terlibat dalam nahas jalan raya dua minggu lalu, penceramah bebas, Muhamad Fadhil Husin, 29, atau dikenali sebagai Abang Long Fadhil sekali lagi ditimpa kemalangan di lebuh raya sama.

Kali ini kereta Perodua Myvi yang dinaiki bersama dua ahli keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 44.4 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Simpang Renggam, Johor, kira-kira jam 2 petang Ahad.

Ketika kejadian, beliau dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke Sinagpura daripada Melaka selepas bercuti sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.


Kemalangan menyebabkan Abang Long Fadhil mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibunya pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menjalani imbasan X-ray di Hospital Enchee Besar Hajjah Kalsom, Kluang.



Menurut Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Razak Md Said, kemalangan berpunca apabila kereta Myvi dinaiki oleh Abang Long Fadhil itu cuba mengelak lopak air dan terbabas ke kiri jalan.
“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan mangsa melanggar tembok tanah di kiri jalan sebelum terbalik beberapa kali. Kereta itu kemudian terhumban dan terbalik di dalam longkang.
“Sebuah kereta lain dari arah belakang bertindak berhenti di lorong kecemasan untuk memberikan bantuan,” katanya.

Namun sebuah treler yang berada di laluan sama juga cuba mengelak sebelum melanggar kereta berhenti itu.
“Pada masa sama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima dan kereta Proton Wira turut merempuh kenderaan di hadapan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Myvi cedera di bahagian kepala, manakala ibunya mendapat kecederaan pada bahagian kaki,” katanya.

MENGEJUTKAN! Abang Long Fadhil Kemalangan Lagi Dan PUNCA Sebenar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.