Wednesday, August 10, 2016

Kecoh Pengasas RHB Bank Nikah GADIS 19 Tahun, Akhirnya 'GADIS' Ini Tampil Cerita Perkara Sebenar!

Beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial mengenai perkahwinan pengasas RHB Bank yang dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 19 tahun. Sekali imbas memang nampak macam berumur 19 tahun namun sebenarnya bukan!


Menyedari ia menjadi viral, anak kepada gadis yang didakwa berumur 19 tahun ini tampil beri penjelasan sebenar. Untuk makluman, gadis yang didakwa berumur 19 tahun ini merupakan seorang ibu tunggal berumur lewat 40-an.


Semuanya bermula apabila beberapa buah page di Facebook berkongsi tentang perkahwinan ini. Tak cukup di Facebook, dekat Twitter pun ramai juga yang share.


Memang tak dinafikan kalau dah jodoh itu dengan siapa-siapa pun tak jadi masalah tapi nasib baik ramai yang buat ‘research’ dulu sebelum percaya.



Tidak mahu info yang tak betul ini terus viral, anak kepada Puan Sri Hani iaitu Aria tampil dan menjelaskan perkara sebenar menerusi akaun Twitter miliknya. Dia pun pelik macam mana boleh cakap umur 19 tahun, mungkin awet muda kot.




Dia dalam pada itu juga meminta orang ramai agar tidak mencemuh dan menuduh yang bukan-bukan kepada ibunya. Ada yang cakap sebab duit dan sebagainya sedangkan mereka berkahwin kerana cinta.



Tak percaya juga meh tengok gambar ini. Gambar perkahwinan ibunya yang berlangsung beberapa hari yang lalu.



Diharapkan segala penjelasan ini, menjawab persoalan yang bermain di fikiran korang tu. Ada yang cakap berumur 45 tahun dan ada yang cakap 42 tahun, tapi tak apa lah janji bukan 19 tahun seperti yang diviralkan!


Pada yang mengata, mengkritik bagai tu, sudah-sudahlah. Dah jodoh mereka. Adalah lebih baik doakan yang terbaik je okay!

Kecoh Pengasas RHB Bank Nikah GADIS 19 Tahun, Akhirnya 'GADIS' Ini Tampil Cerita Perkara Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.