Saturday, August 13, 2016

KECOH Label Palestin 'Dipadam' Dari Google Maps, Ini PENJELASAN SEBENAR Pihak Google

Sejak minggu lalu, media sosial dikejutkan dengan berita label negara Palestin telah dipadam oleh pihak pihak Google dalam aplikasi Google Maps yang dihasilkan mereka, 

Rentetan itu, ianya mengundang kemarahan jutaan penduduk dunia termasuk mereka yang bukan Islam.

Oleh itu ada pihak yang menjalankan petisyen meminta nama Palestin dinaikkan semula dalam aplikasi berkenaan dan mendapat sambutan ramai selain hashtag #PalestineHere yang menjadi trending di laman sosial.

Kerana itu ramai antara mereka memberi amaran akan memboikot Google jika tidak menaikan semula nama Palestin diatas peta Google Maps berkenaan.

Pihak Google dalam satu kenyataan telah memberitahu bahawa tidak pernah ada label bernama 'Palestin' dalam Google Maps
"Namun kami telah mengesan 'bug' (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label 'Tebing Barat' dan ''Gaza'."
"Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu," kata Google.


Berdasarkan kenyataan itu ternyata nama Palestin sememangnya tidak pernah dilabelkan dalam pemetaan Google Maps dimana hanya menggunakan nama Gaza dan Tebing Barat.

Kenapa nama Palestin tidak ada pada peta? ini kerana untuk melayakkan nama negara Islam berkenaan ada di Google Maps, Palestin harus diiktiraf oleh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara.

Ketika ini, negara berkenaan hanya diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan ahli di PBB sejak 29 November 2012 di mana ialah adalah langkah pertama untuk mengiktirafnya sebagai sebuah negara merdeka.

Sehingga kini ada 136 buah negara dari 193 negara anggota PBB telah mengiktiraf kewujudan negara Palestin.

Isu ini berbangkit apabila pada 25 Julai yang lalu Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja 'membuang' nama Palestin di Google Maps.

Semenjak itu sentimen masyarakat dunia terhadap isu berkenaan meningkat di mana kerana 'kesilapan' yang diakui oleh Goole itu menyebabkan ramai pengguna media sosial, beralih arah kepada enjin carian lain sebagai tanda protes.

KECOH Label Palestin 'Dipadam' Dari Google Maps, Ini PENJELASAN SEBENAR Pihak Google Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.