Sunday, August 14, 2016

Isu Pokemon Go, Hishammuddin Pula Tampil Beri KOMEN Mengejutkan Ramai Pihak!

BATU GAJAH – Permainan Pokemon Go dilarang khususnya di kawasan sensitif terutama yang mempunyai aset-aset pertahanan negara.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, arahan terbabit telah dikeluarkan untuk dikuatkuasakan di kawasan Kementerian Pertahanan.
“Kita nampak ia melibatkan keselamatan negara dan kita tak tahu bagaimana aplikasi itu berfungsi kerana ia membabitkan rakaman gambar serta video dan kita harap semua pihak faham akan larangan terbabit.
“Malah kita nak memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin dari diceroboh pihak tertentu termasuk menggunakan alam maya,” katanya.

Pokemon GO berupa permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dilancarkan pada 6 Julai lepas dan memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara lain bermula 6 Ogos.

Ia dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA yang memerlukan pemainnya mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi persekitaran sebenar melalui telefon pintar.

Hishammuddin menambah, beliau turut menasihatkan Panglima ketiga-tiga cabang angkatan tentera untuk melarang permainan itu di kawasan kem yang turut menjadi kawasan sensitif.

“Bagi kawasan-kawasan sensitif pertahanan lain pula seperti kem-kem tentera juga sudah dimaklumkan, namun ia bergantung kepada pegawai pemerintah di kawasan berkenaan untuk menguatkuasakannya.
“Kita akan tunggu keputusan panglima kita kerana kawasan seperti kem ia terserah kepada pegawai yang bertanggungjawab kerana mereka lebih tahu kawasan yang sensitif, tetapi di Mindef saya boleh buat keputusan dengan tak benarkan,” katanya.
Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyarankan anggotanya tidak bermain permainan maya Pokemon Go kerana dibimbangi mempunyai unsur pencerobohan dan ancaman keselamatan.

Beliau berkata permainan tersebut yang menggunakan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) dikhuatiri mampu memberi ancaman terhadap keselamatan kem, peralatan atau anggota sendiri.

Isu Pokemon Go, Hishammuddin Pula Tampil Beri KOMEN Mengejutkan Ramai Pihak! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.