Thursday, August 11, 2016

Farmasi DISAMAN Pamer Poster Model Wanita Dedah Aurat

KOTA BARU: Sebuah farmasi di sini telah dikenakan saman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) kerana mempamerkan poster model wanita yang tidak menutup aurat.

Kes ini berlaku pada 26 Julai lalu iaitu sehari selepas pihak berkuasa tempatan mengeluarkan saman kepada sebuah kedai jam kerana memaparkan dua poster "seksi", termasuk salah satunya melibatkan imej pelakon Aishwarya Rai.


Dalam kejadian pada 26 Julai itu, seorang pekerja farmasi berkata pegawai penguatkuasa majlis mengeluarkan saman kepada pihak pengurusan kerana memaparkan poster model yang "terdedah aurat".
"Saya diberitahu pengurus terpaksa membayar RM150 bagi kesalahan itu.
"Ini adalah kali pertama kami disaman selepas poster itu diletakkan baru-baru ini," kata pekerja berkenaan.
Yang Dipertua MPKB, Zamri Ismail mengesahkan mengenai saman yang dikeluarkan kepada farmasi itu.


Menurut Zamri, MPKB amat serius dalam memastikan peniaga mematuhi kod etika negeri yang ketat mengenai poster.
"Saya tidak faham mengapa peniaga tidak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit perniagaan dan premis mereka.
"Kami akan terus memantau keadaan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang kecil," katanya.
Berhubung soalan mengapa peniaga Cina yang dikeluarkan dengan pelbagai saman atas pelbagai kesalahan namun berjaya memperbaharui lesen perniagaan mereka setiap tahun, Zamri berkata beliau akan menyemak mengenainya.

Sumber Mstar Online

Farmasi DISAMAN Pamer Poster Model Wanita Dedah Aurat Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.