Wednesday, August 10, 2016

Anda Pasti Tak Percaya! Inilah Gambar Terdahulu Kapten Mukhriz Berbadan Gempal, Kini Jadi Jejaka Sado Mengejutkan Ramai

Nama pelakon baru Raja Afiq kini semakin meningkat naik menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz. Siapa sangka beliau yang kini berbadan sado rupanya dahulu pernah memiliki badan gempal.

Dek kerana tubuh yang dimilikinya itu, menyebabkan dia menjadi mangsa ejekan sejak kecil sehingga nekad untuk menurunkan berat badan sebanyak 54kg.


Selain diejek, minatnya untuk melibatkan diri dalam dunia seni mendorong Raja Afiq berusaha keras menurunkan berat badan.



Ternyata usaha gigihnya menurunkan berat badan dari 130kg ke 74kg tidak sia-sia malah membuahkan hasil hingga membuatkan dirinya kini digilai ramai gadis dan diambil menjadi pelakon.


Bercerita mengenai rahsianya, Raja Afiq memberitahu dia mengamalkan pemakanan seimbang selain rajin pergi gimnasium.
“Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang.
“Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein.
“Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada antara mereka yang pernah ejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal,” katanya.

Anda Pasti Tak Percaya! Inilah Gambar Terdahulu Kapten Mukhriz Berbadan Gempal, Kini Jadi Jejaka Sado Mengejutkan Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.