Aliff Aziz yang merasakan dirinya mampu pergi jauh selain mengamalkan sikap sambil lewa menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah nilai yang terpaksa dibayar apabila perkara tersebut hampir memusnahkan kerjaya dan hidupnya.
“Dulu saya berasakan seperti boleh melangkah jauh dalam bidang seni, tetapi kerana sikap sambil lewa terhadap kerjaya dan hidup, semua itu musnah sekelip mata. Saya bagaimanapun bersyukur semua itu menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri seterusnya menjadi insan lebih matang”

ARTIKEL MENARIK:- Masih Ingatkah Dengan Haziq Tom Tom Bak Pelakon Filem Syurga Cinta? Lihat Wajah Terbarunya Sangat Memeranjatkan!
“Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tak dengar nasihat orang yang menyayangi diri saya ini. Saya anggap semua itu bayaran yang perlu saya terima akibat kesilapan diri sendiri,” katanya.
Meskipun begitu, Aliff bersyukur di atas peluang untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik. Dalam pada itu, beliau tidak mahu perkara yang sama berulang kembali lebih-lebih dirinya kini bakal menempuh alam perkahwinan.

0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.