Monday, July 11, 2016

Zed Zaidi Sifatkan 'Kenyataan' David Teo Biadab, Kurang Ajar!

Gara-gara kenyataan David Teo kepada Malay Mail Online yang mengaitkan kehidupan seniman P. Ramlee yang didakwanya berakhir dengan kemiskinan, persatuan Seniman menyifatkan perkara tersebut sebagai biadap dan kurang ajar.


Presiden persatuan tersebut iaitu Zed Zaidi mendesak David Teo untuk memohon maaf bukan sahaja kepada keluarga P. Ramlee malah juga kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia.
“Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee? Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya?”
“Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo?” luah Zed Zaidi dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya.
ARTIKEL MENARIK:- Kisah Penghijrahan Dikritik Ramai, Ini Komen 'Makan Dalam' Safiey Ilias Buat Semua TERDIAM!!!


Tambah Zed, walaupun P. Ramlee tidak dilimpahi kemewahan hidup ketika di akhir hayatnya namun karya seniman tersebut sentiasa segar sepanjang zaman dengan mesej yang meninggalkan kesan sehingga kini.

Zed Zaidi Sifatkan 'Kenyataan' David Teo Biadab, Kurang Ajar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.