Thursday, July 14, 2016

WOW!! 4 Bulan Bernikah, Inilah Yang Terjadi Kepada Anzalna Dan Suami Yang Pasti MENGEJUTKAN Ramai

“BELUM ada rezeki,” ungkap Anzalna Nasir ketika ditanya tentang anak. Bagi wanita ini, dia sedar peminat pastinya tidak sabar untuk melihat dia berbadan dua dan mempunyai cahaya mata setelah sebulan lebih berumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya, Hanif Zaki.

Jika ada yang bercerita atau bertanyakan hal yang sama, dia menganggap perkara tersebut sebagai satu doa dan tidak menolak seandainya rezeki tersebut datang seawal ini.
“Saya sendiri tidak kisah jika mengandung awal atau lambat. Jangan risau, saya tak tertekan dengan soal zuriat atau terburu-buru mahukan anak segera.
“Untungnya keluarga kami pun tak pernah bertanyakan lagi atau mendesak tentang perkara ini. 
"Mungkin usia perkahwinan pun masih terlalu awal membuatkan mereka faham situasi kami. 
“Kalau tiba masanya, insya-Allah akan dapat juga. Cuma kena berusaha dan menunggu sahaja masanya tiba,” ungkap Anzalna. 


Dalam nada ceria, pelakon Memori Cinta Suraya ini tidak menafikan yang hidupnya kini bersulam rasa gembira. Melalui hari-hari indah di sisi suami, pastinya menjadi pengalaman baharu buatnya.


Jelas Anzalna, seperti isteri lain, dia melakukan rutin rumah tangga termasuk memasak dan menjaga keperluan harian suaminya. Untungnya, Hanif sendiri tidak pernah meletakkan syarat khusus dan mahu dia belajar sedikit demi sedikit ilmu rumah tangga. 
“Saya tak menghadapi banyak masalah selepas berumah tangga sebab sejak bujang lagi banyak perkara yang saya lakukan sendiri. 
"Untuk memasak pun tak jadi masalah dan saya pasti akan ke dapur setiap kali ada kesempatan. 
“Ada kala Hanif merungut lapar di tengah malam. Biasanya saya akan terus ke dapur dan memasak untuknya. 
"Tiada yang membahagiakan selain dapat menguruskan rumah tangga dan melihat suami gembira dengan apa yang saya lakukan,” katanya rancak bercerita.
 

WOW!! 4 Bulan Bernikah, Inilah Yang Terjadi Kepada Anzalna Dan Suami Yang Pasti MENGEJUTKAN Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.