Thursday, July 28, 2016

(VIDEO) Rakaman CCTV Lelaki Maut Ditembak 16 Das Di Setapak Sentral Dan MOTIF PEMBUNUHAN

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ah long mati ditembak 16 das dalam kejadian berhampiran simpang lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral, pukul 3.35 petang Rabu.

Mangsa, 43 tahun, bapa kepada 3 orang anak menemui ajal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala, badan dan kaki.

Tembakan dilepaskan melalui cermin sisi hadapan sebelah kanan dan kiri pemandu.


Berdasarkan video rakaman CCTV, empat suspek menunggang dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebut turun dan menembak  mangsa.

Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.

Gambar dan video kejadian kini mula membanjiri timeline media sosial namun maklumat penuh kejadian masih belum diperolehi.

ARTIKEL MENARIK:- (Video) Gadis Dibo9el, Ditampar Dan Dicucuh Puntung Rokok Dalam KTV Di JB Tersebar Buat Ramai Marah!!!






Susulan kejadian menggemparkan itu, lokasi pembunuhan dibanjiri orang awam sementara pihak berkuasa termasuk polis dilihat tekun menjalankan penyiasatan.

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh pihak polis mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

(VIDEO) Rakaman CCTV Lelaki Maut Ditembak 16 Das Di Setapak Sentral Dan MOTIF PEMBUNUHAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.