Saturday, July 16, 2016

VIDEO Kucing Baca Doa Sebelum Makan Cetus Perhatian Netizen

Sebuah video menunjukkan bagaimana lima ekor kucing berdoa sebelum makan sehingga doa selesai dibaca tuannya dan kemudian makan dengan serentak menjadi viral di laman sosial

Menerusi video itu, seorang wanita dilihat membariskan lima ekor kucing peliharaannya itu dan kemudian menyiapkan satu persatu bekas tempat makan semua kucing itu.

Setelah menuangkan ke dalam bekas yang sudah berada di depan kucing tersebut, wanita itu kelihatan membaca doa dan ketika doa dibacakan, kucing-kucing itu tidak berganjak satu langkah pun malah tidak ada satupun yang memakan makanannya.



Setelah doa selesai, wanita tersebut mempersilakan kesemua kucing berkenaan makan, dan kelima-lima haiwan comel itu lantas ‘menyantap’ makanan mereka dengan pantas.

Video ini telah dimuat naik dengan tagline ‘sebelum makan biasakan baca doa’ itu turut mendapat komen positif daripada ramai netizen.
“Ia mengajarkan dan mengingatkan kita sebagai manusia jika buat sesuatu harus mula dengan doa daripada hal yang kecil hingga hal besar, malulah dengan kucing yang ‘faham’ baca doa sebelum makan.”

VIDEO Kucing Baca Doa Sebelum Makan Cetus Perhatian Netizen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.