Thursday, July 21, 2016

Video Dipeluk Usher Dihentam Panas, Individu Ini Tampil Bela Yuna Buat Semua TERKEDU!!!

Nama penyanyi Yuna tiba-tiba ‘panas’ apabila dipeluk Usher ketika berduet bersama penyanyi dan penulis lirik antrabangsa itu diviralkan.

Insiden spontan itu berlaku ketika Usher mengundang Yuna menyanyikan lagu duet mereka yang sedang hits, ‘Crush’ ketika konsert tribute penyanyi Prince di The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat.


Video tersebut yang dimuatnaik Yuna pada 9 Jun lalu tiba-tiba menjadi viral apabila ada pihak yang mempertikaikan tindakan Usher memeluknya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tampil membela Yuna dan berpendapat Usher tidak faham dengan adab budaya masyarakat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:- Komen PEDAS Yuna Susulan Video Duet Peluk Usher Dihentam Peminat Bikin Panas!!!

Tambahan lagi, tindakan spontan Usher itu tidak disengajakan kerana Yuna telah menunduk hormat terlebih dahulu sebelum pemenang anugerah Grammy itu memeluknya selama tiga saat sebagai tanda terima kasih.


Sementara itu Yuna menerusi akaun Twitter miliknya hanya menulis entri “Minum teh sekejap tengok komen-komen haters ni sebelum soundcheck”.

Tindakan tersebut dipuji pengikut Yuna yang tidak melayan kata-kata negatif ‘haters’ di samping memberikan semangat kepada penyanyi bertaraf antarabangsa itu.

Sementara itu Usher, bakal membuat persembahan pada konsert pasca perlumbaan edisi ke-18 Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia dari 30 Sept hingga 2 Okt depan ini.

Usher pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 2010.

Video Dipeluk Usher Dihentam Panas, Individu Ini Tampil Bela Yuna Buat Semua TERKEDU!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.