Tuesday, July 19, 2016

(VIDEO) Aksi Si Cilik Comel Usia 2 Tahun Pandai Memarut Kelapa Tarik Perhatian Ramai

Gelagat budak lelaki berusia dua tahun membantu neneknya memarut kelapa menarik perhatian netizen sehingga ‘viral’ di Facebook (FB), dan dikongsi lebih 4,000 kali.

Muhd Ridduan Al Buhari, 28, bapa saudara kepada budak lelaki itu, Alif Luthfi Muhammad Shamsul berkata, dia tidak menyangka perkongsiannya di FB secara suka-suka pada Jumaat lalu itu ditonton lebih 210,000 pelayar laman sosial itu.
"Saya memang terkejut, tak sangka orang boleh 'share' (kongsi) sampai macam tu sekali, sebab saya suka-suka saja 'upload' (muat naik) video tu.
"Sebenarnya mula-mula memang nenek dia (ibu Muhd Ridduan) yang parut. Selepas tu dia merengek minta nenek. 'Kita buat... kita buat...' dia kata begitu.
"Nenek dia bising juga, tak berani nak beri kepada dia sebab budak lagi kan nak buat macam tu. Lepas tu terkejut sebab dia boleh buat benda tu dengan yakinnya," katanya yang juga seorang pereka fesyen.

Muhd Ridduan berkata, dia sendiri pernah cuba memarut kelapa dan tahu ia sukar dilakukan.
"Dia boleh buat sendiri, tak tahulah budak-budak sekarang ni kan. Dia siap macam nak bawa kereta masa guna mesin parut tu.
"Semalam dia minta nak potong bawang, tapi tangan dia terluka. Jadi sebenarnya dia masih tidak pandai untuk buat perkara macam tu.
"Selepas ini tak beranilah nak beri dia buat lagi," katanya yang menyifatkan Alif Luthfi sebagai kanak-kanak yang aktif dan suka bermain dengan permainan Ultraman.
Rakaman berdurasi 1 minit enam saat itu dibuat adik Muhd Ridduan di rumah keluarga mereka di Kampung Jalan Kebun, Klang pada 15 Julai ketika ibunya hendak memasak kari daging untuk makan tengah hari.

ARTIKEL MENARIK:- (Video) Gadis Dibo9el, Ditampar Dan Dicucuh Puntung Rokok Dalam KTV Di JB Tersebar Buat Ramai Marah!!!

Sementara itu, netizen turut memberikan pelbagai respon pada ruangan komen video berkenaan.
"Boleh ajar dia perah santan pulak lepas ni ye, En DuAn BuhAri. Boleh wat bisnes..bijak sgt ni wat keje dapur..hahhhaha..
“Uchiha Azam Chitose..agak-agak kalau Ica gini, takyah susah-susah beli kelapa parut kat kedai. Ada yang rajin memarut..'standby' kelapa biji je kat rumah," kata Fiza Rosnan.
"Wowww... teror nyeee.... dahsyatt.. uncle nye dgr bunyi pelik je da larikk kott ...hihi, but please careful ok," kata Ash Shareo.
"Ya Allah duan biar betul...seriau akak menengoknya," kata Dcorie Andaman.

Sumber Harian Metro

(VIDEO) Aksi Si Cilik Comel Usia 2 Tahun Pandai Memarut Kelapa Tarik Perhatian Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.