Sunday, July 31, 2016

Undang Padah Apabila 'Datuk Seri' Tidak Sengaja Langgar Isteri Sendiri

KUANTAN: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun secara tidak sengaja melanggar isterinya hingga maut.

Difahamkan beliau telah membuat pusingan U setelah melepasi pondok pengawal di kawasan perumahan tempat beliau tinggal di Bukit Istana dan menuju ke arah Kuantan.

Pada masa yang sama, isterinya yang berusia 57 tahun tiba di pondok pengawal yang sama selepas keluar membeli-belah.

Isterinya menaiki kereta lain bersama menantunya dan apabila tiba di pondok pengawal, dia ternampak kereta Range Rover milik suaminya.


Beliau meminta untuk diturunkan di situ dan kemudian meluru ke arah kereta suaminya.

Bagaimanapun, beliau telah dirempuh sebelum suaminya dapat mengelak. Mangsa yang tercampak jauh mengalami pendarahan hidung dan mulut serta patah tulang.


Beliau dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian. Mangsa dan suaminya merupakan pengarah urusan sebuah syarikat perlombongan.
"Menurut kenyataan saksi, mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah program agama kira-kira pukul 9 malam Khamis. Dia sudah lewat jadi dia melambai ke arah kereta suaminya.
"Bagaimanapun, tindakannya secara tiba-tiba itu tidak dapat dilihat oleh suaminya kerana suasana gelap dan lampu jalan menutupi pokok-pokok," kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali , Sabtu.
Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan dada.

Ketua Polis Negeri Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata kemalangan itu disebabkan kecuaian dan tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai tragedi itu.

Sumber Mstar Online

Undang Padah Apabila 'Datuk Seri' Tidak Sengaja Langgar Isteri Sendiri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.