Wednesday, July 13, 2016

TRAGIS! 4 Sekeluarga Termasuk Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ditembak Dan PUNCA Sebenar

BAYAN LEPAS 13 Julai- Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut ditembak dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, di sini awal pagi ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, keempat-empat mereka iaitu pasangan suami isteri berusia 50 dan 55 tahun, anak lelaki mereka berusia 30-an dan cucu berusia  dua tahun ditembak suspek yang juga anak kepada pasangan berkenaan.


Mangsa dikenali sebagai Tan Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid, suspek berusia 32 tahun bertindak menembak kesemua mangsa selepas berlaku pergaduhan dipercayai selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.
"Menerusi siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak menjumpai barang berharga selepas menyelongkar bahagian yang dijadikan rumah oleh pengusaha ayam proses di kilang terbabit.
"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat sebanyak 11 das menggunakan pistol semi automatik," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu dilakukan oleh anggota keluarga terdekat yang kemudian melarikan diri dengan sebuah Toyota Hilux milik kilang itu.

Sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang menaiki Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran PLJ 7392 bagi membantu siasatan kes itu. 

Sumber Utusan Online

TRAGIS! 4 Sekeluarga Termasuk Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ditembak Dan PUNCA Sebenar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.