Monday, July 11, 2016

TRAGEDI SYAWAL! Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Dan Punca Sebenar

LABIS - Tiga beradik di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu dan bapa mereka terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 2.5 Jalan Labis-Muar, di sini, petang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi, kemalangan yang berlaku kira-kira 7.20 petang itu mengakibatkan Mohd Rezal Abdul Karim, 37, bersama isterinya, Rozaimah Mahmood, 41, dan anak ketiganya, Nuralisa Yasmin, 11, maut.
“Ketika kejadian, Mohd Rezal yang memandu kereta Proton Saga bersama isteri dan empat lagi anaknya dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Suria, Buloh Kasap untuk pergi beraya ke rumah kenalan mereka di Labis.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah pacuan emat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berumur 55 tahun yang datang dari arah Muar-Labis telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta yang dinaiki mangsa,” katanya.

Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, Mohd Rezal dan Rozaimah maut serta merta di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian hadapan kenderaan selain mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Katanya, anak bongsu mangsa, Nurdurrah Khadeeja, 1, pula kritikal dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) manakala Nuralisa meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat (HDS) kira-kira jam 3.30 pagi sewaktu mendapat rawatan.
“Selain itu, anak sulung mangsa, Muhammad Aniq Aiman, 16, kini ditempatkan di wad biasa manakala adiknya, Muhammad Haziq Iqbal, 13, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HDS.
“Kes disisasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jenazah Mohd Rezal dan Rozaimah telah dituntut oleh keluarganya awal pagi ini (semalam) manakala jenzah Nuralisa sedang dibedah siasat dan akan dikebumikan hari ini,” katanya.
ARTIKEL MENARIK:-   Suami Lafaz CERAI Terhadap Isteri Pada Pagi Raya Di Hadapan Semua Adik Beradik ... PUNCAnya 'Satu Sebab' Yang Buat Ramai MARAH!!!

Sementara itu, bapa saudara Mohd Rezal, Sulaiman Badrun, 62, ketika dijumpai di Rumah Mayat HDS berkata, kali terakhir dia berjumpa keluarga tersebut adalah pada hari raya kedua di rumah ibu mertuanya di Kampung Paya Lang, di sini.

Menurutnya, kesemua mangsa juga akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mensudut Pindah dan mengakui masih terkejut dengan tragedi yang menimpa keluarga malang berkenaan.
“Mohd Rezal bekerja sebagai pemandu lori manakala isterinya tidak bekerja dan dia (Rezal) seorang yang mudah mesra dan peramah dan sewaktu kali terakhir saya berjumpanya, tiada sebarang perlakuan atau tanda ganjil yang ditunjukkan olehnya.
“Apa yang paling menyayat hati, anak-anak mangsa menjadi yatim piatu dan hilang tempat bergantung sekelip mata pada Syawal kelima dan saya menganggapnya sebagai takdir pada bulan mulia ini,” katanya.
Katanya, dia bersama ahli keluarga yang lain juga akan berbincang mengenai nasib terutamanya hak penjagaan anak-anak mangsa selepas ini selain akan berusaha membantu melupakan trauma yang berlaku.

Sumber Sinar Harian

TRAGEDI SYAWAL! Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Dan Punca Sebenar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.