Sunday, July 31, 2016

TAKZIAH! Anak Kedua Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Nadiya Nisaa kerana telah kehilangan cahaya mata kedua yang masih dikandungnya. Anaknya itu disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, di sini hari ini.


Selain itu, menurut laporan Utusan Online, suami Nadia, Saiful Razman Kasim, menyatakan bahawa jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak.

Katanya, Nadiya kini berada dalam keadaan sihat, walaupun masih lemah dan bersedih atas kehilangan tersebut. Sementara itu, kesedihan turut dapat dirasai melalui gambar terkini di Instagram pelakon tersebut yang ternyata teruja menanti cahaya matanya itu.


Malah peminat Nadiya juga dalam masa yang sama turut mengucapkan takziah selain berdoa agar pelakon ini tabah dalam menghadapi dugaan. Apa pun, semoga segala kesulitan yang dialami Nadiya ketika ini akan dipermudahkan

TAKZIAH! Anak Kedua Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.