Tuesday, July 19, 2016

TAHNIAH! Amar Baharin & Amyra Rosli NIKAH November Ini... Tarikh Sebenar DIDEDAHKAN!!!

Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Amar Baharin, 31, akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Amyra Rosli, 26, pada 11 November depan.

Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini.


Pengumuman itu dibuat oleh Amar dalam sidang media khas dan majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Club House, di sini, malam Isnin.



Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung dakwaan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
"Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama.
"Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya," ujar Amar.

Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.

TAHNIAH! Amar Baharin & Amyra Rosli NIKAH November Ini... Tarikh Sebenar DIDEDAHKAN!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.