Tuesday, July 12, 2016

Syafiq Yusof Tangguhkan PEMBEDAHAN Demi Kerjaya

Pengarah muda, Syafiq Yusof, 23, gigih melawan penyakit apendiks dihadapi kerana sayangkan kerja seni yang masih banyak tertangguh. 

Anak kepada penerbit, Datuk Yusof Haslam, itu dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur, Sabtu lalu, selepas mengalami kesakitan pada bahagian perut. 


Menurut Yusof, Syafiq bagaimanapun memohon supaya dibenarkan keluar daripada hospital lebih awal dan bertahan dengan pengambilan ubat buat sementara waktu.
"Syafiq akan dikeluarkan hari ini (Isnin) selepas keadaannya bertambah baik. Mungkin juga dia terlalu risaukan kerjanya, termasuk proses akhir suntingan CGI untuk filem Disolusi, yang akan menemui penonton September depan. 
"Pada masa sama, dia sedang melakukan pasca produksi untuk filem KL Special Force. "Sepatutnya, Syafiq perlu menjalani pembedahan membuang apendiks yang tumbuh pada bahagian pundi hempedu, tetapi dia meminta prosedur itu ditangguh seketika dan yakin mampu bertahan dengan pengambilan ubat. 
"Jika pembedahan dilakukan, setidak-tidaknya dia kena berehat selama sebulan atau dua. Secara tidak langsung, kerjanya akan tertangguh," katanya. 

ARTIKEL MENARIK:- MENARIK! Gambar Fesyen Dan Ragam Selebriti Sambut Aidilfitri 2016

Yusof berkata, sebagai bapa sudah tentu beliau risau keadaan anaknya dan bersedia menangguh seketika jadual tayangan filem berkenaan. 
"Jujurnya, saya tidak kisah sama ada filem itu siap atau tidak, sebaliknya saya mahu melihat dia sihat. Justeru, saya menasihatkan dirinya, jika dalam masa terdekat sakitnya datang semula, pembedahan harus dilakukan segera," katanya.

Syafiq Yusof Tangguhkan PEMBEDAHAN Demi Kerjaya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.