Saturday, July 23, 2016

SURAT TERBUKA Lelaki Ini Buat Suhaimi Saad Yang Penuh MAKNA MENDALAM Bikin Panas!

Kisah Suhaimi Saad menjadi buah mulut orang ramai gara-gara dikatakan mendera isteri dek kerana tidak menyediakan mesin basuh dirumah dan tidak hantar anak-anak ke sekolah. Berikutan kontroversi ini ramai yang memberi nasihat dan ada juga yang memberi kata-kata positif dan tidak kurang juga yang negatif.

Namun begitu, ada juga teguran yang menarik perhatian kami. Teguran ringkas yang ditulis di lama sosial pemilik akaun Muhammad Musoddiq Bin Jaafar. Teguran ini sebenarnya boleh juga digunakan untuk diri kita sendiri. Yelahkan kadang-kadang sebagai manusia ni kita mudah terlupa.

Kalau isteri yang ditugaskan untuk basuh baju dalam keluarga tu, apa salahnya beli mesin basuh untuk bantu isteri. Tetapi kalau memang nak jimat atau tak mampu beli mesin basuh, itu lain cerita lah. Namun, pastikan la suami tu bantu sekali basuh pakaian kat bilik air tu guna tangan. Lagipun, itu hak dia tak nak beli mesin basuh. Tak ada masalah.


Kalau tak nak beli sofa, tak apa. Orang jepun pun tak ada sofa sangat. Aku pun tak beli sofa, sebab tak mampu.

Kalau tak nak hantar anak ke sekolah tak apa. Tetapi perlu tahu yang pengetahuan kita tak banyak mana. Boleh la upah private tutor untuk mengajar mata pelajaran yang di luar pengetahuan dan bidang kita.

Kalau betul nak mengajar sendiri, pastikan jam kredit, silibus, dan pencapaian anak setara atau lebih daripada kanak-kanak yang pergi sekolah.

Jika tak silap saya, ada undang-undang yang diperuntukkan untuk memenjara ibu bapa yang tak hantar anak ke sekolah. Dari cari nahas, baik hantar sahaja anak ke sekolah atau dapatkan kebenaran untuk belajar dari rumah.


Tiada peti ais? Tidak apa, tetapi pastikan ringan tulang untuk pastikan setiap barang di dapur sentiasa ada apabila hendak memasak. Lagipun, itu hak dia tak nak beli peti ais. Tak ada masalah.

Tujuan peti ais dan mesin basuh itu sebenarnya untuk membantu dan menjimatkan masa untuk kita buat kerja lain selain meluangkan masa untuk anak-anak dan keluarga

Sebagai contoh, saya dulu basuh baju pakai tangan untuk sebaldi pakaian, dalam 2-3 jam (siap jemur sekali). Beli barang mentah tu, bergantung kepada jarak kedai. Selalunya dalam 10 minit tau 30 minit. So bayangkan 2-3.30 jam tu, boleh digunakan untuk mandikan anak, kemas rumah, sapu lantai, memasak, dan apa-apa yang patut.

Jadi, kalau suami dia buat semua benda yang boleh diisi dalam 2-3.30 jam tersebut, tidak apalah tidak ada mesin basuh. Sebab sama-sama buat kerja. Dan benda yang boleh dibuat kalau ada mesin basuh sudah terisi.

Janganlah susahkan isteri jika mampu ringankan bebannya.
***
Tambahan, kalau kononnya tak beli semua itu untuk zuhud, zuhud abah dia kalau memanjang selfie.
Aku malas nak cakap pasal pandangan dia tentang vaksin, sebab ramai orang dah attack dia. Aku memang tak setuju pandangan dia tentang vaksin. Kelaut.

SURAT TERBUKA Lelaki Ini Buat Suhaimi Saad Yang Penuh MAKNA MENDALAM Bikin Panas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.