Sunday, July 10, 2016

Suami Lafaz CERAI Terhadap Isteri Pada Pagi Raya Di Hadapan Semua Adik Beradik ... PUNCAnya 'Satu Sebab' Yang Buat Ramai MARAH!!!

Pagi 1 Syawal merupakan pagi kita berkumpul bersama dengan adik beradik yang lain sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan yang disediakan. Selain itu juga, aktiviti bergambar dan berkongsi pelbagai cerita menjadi aktiviti menarik di pagi raya. Namun, lain pula kisah yang dikongsikan kali ini apabila seorang suami telah bertindak menceraikan isterinya di pagi raya hanya kerana satu sebab. Lebih teruk apabila insiden itu berlaku semasa kesemua adik-beradiknya berkumpul.

Raya datang lagi. Aku cuma mahu berkongsi kisah aku agar jangan ada yang mengulangi kesilapan yang sama. Aku berkahwin di usia yang muda. Seawal usia 21 tahun, aku dan isteri sebaya. Aku bangga mempunyai isteri yang cantik, lemah lembut, pengetahuan agama yang tinggi dan bersopan santun. Tetapi aku silap, membiarkan abang-abang dan kaka-kakak aku membuli dan memperlekehkan isteri aku di hadapan saudara mara setiap kami pulang ke kampung.

Bila isteri mengadu, aku cakap di mengada-ngada kerana anggapan aku, adik beradik hanya sekadar bergurau sahaja. Gurauan yang akhirnya menjadi penghinaan demi penghinaan terhadap maruah isteri, sedangkan aku hanya mendiamkan diri walaupun ia berlaku di depan mata.

Selepas 10 tahun, aku mendapati isteri aku mula berubah. Dia menjadi pemarah, bahasanya kasar. Makin aku marah, makin dia melawan. Yang paling pelik bila pulang ke kampung aku, walau dikutuk abang-abang dan kakak-kakak aku, isteri hanya tersenyum lemah. Tetapi sebaik menaiki kereta untuk ke tempat lain, dia akan menjadi perengus dan perkataan 'bodoh' tidak berhenti-henti diucapkannya. Kami sentiasa bergaduh di atas segala perkara.


Akhirnya pada raya tahun lalu, aku melafazkan cerai di hadapan adik beradik apabila aku tidak tahan lagi dengan kata-kata penghinaan abang-abang aku yang mengatakan aku 'bodoh' kerana isteri aku buat air tak sedap mengikut selera mereka.

Kami bercerai. Aku seperti tidak keruan, sedangkan isteri aku cuma menitiskan airmata sambil bibirnya mengukir senyuman pahit. Aku ikut kata-kata abang-abang dan kakak-kakak aku yang mengatakan isteri aku akan menyembah aku untuk merujuk semula. Aku cuma perlu tunjuk lagak sebagai seorang lelaki.

Hari demi hari aku menunggu, bekas isteri aku menghilang bersama 4 anak kami. Sehingga habis tempoh edah, isteri tidak pernah menelefon atau datang untuk rujuk atau meminta nafkah anak-anak yang sengaja aku tak beri kerana dihasut oleh adik-beradik aku.

Akhirnya Ramadhan ini, aku stalk bekas isteri. Rupa-rupanya, dia sudah berkahwin lain. Aku ekori siang dan malam, aku lihat anak-anak begitu mesra dengan lelaki yang mereka panggil 'papa'. Aku lihat beas isteri sangat menghormati lelaki itu.


Aku tidak dapat menahan diri, semalaman aku sengaja solat maghrib di masjid yang selalu mereka pergi untuk bertarawih. Aku sengaja solat bersebelahan dengan lelaki itu. Akhirnya aku tewas bila anak lelaki aku memanggil aku 'ayah' bila menyedari aku ada di situ selepas solat. Lelaki itu hanya mampu senyum sambil mengusap kepala lelaki anak aku dengan mesra sedangkan aku tidak pernah sekalipun menyentuh kepala anak-anak aku begitu.

Tanpa segan silu, aku bertanya apa yang dia lakukan sehingga bekas isteri aku nampak taat kepadanya?

"Kata-kata yang baik ada doa. Saya dan keluarga sentiasa bercakap baik tentang Marliyana (bekas isteri) dengan sesiapa sahaja. Itu doa dari kami untuknya," katanya.

Aku terdiam. baru aku sedar dari hari pertama aku berkahwin, aku tidak pernah mendengar adik-beradik aku berkata yang baik tentang isteri aku. Yang aku dengar cuma, "isteri kau tak pandai masak!", "isteri kau buat air tak sedap!", "isteri kau masak tak sama macam keturunan kitaorang masak!".

Walaupun hakikatnya kami hanyalah orang Felda dan tiada keturunan mak bapak yang buat katering atau jadi Chef.

"Isteri kau pakai cantik sebab nak mengorat jantan lain! dan bermacam-macam lagi yang aku tidak mampu untuk kongsikan di sini. Dan aku sebagai suaminya ketika itu hanya membiarkan sahaja tanpa menyedari kata-kata itu telah melukai isyeri dan merosakkan perkahwinan kami.

Jadi kepada para suami di luar sana, lindungilah isteri masing-masing dari mulut-mulut jahat yang ada dalam keluarga anda. Jika tidak, anda hanya akan ada isteri yang derhaka kerana kecewa dengan sikap 'tidak kisah' suami dan akhirnya beraya bersendirian seperti aku tahun ini.

Suami Lafaz CERAI Terhadap Isteri Pada Pagi Raya Di Hadapan Semua Adik Beradik ... PUNCAnya 'Satu Sebab' Yang Buat Ramai MARAH!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.