Thursday, July 14, 2016

Status Pernikahan Dengan Suami Didakwa Bermasalah, Dira Abu Zahar Beri Penjelasan Sebenar!

Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar, 32, enggan mengulas lanjut mengenai status perkahwinannya dengan Helmi Yusof yang dikatakan bermasalah sejak awal bulan ini.

Bekas pengacara Melodi itu berkata, biarlah cerita mengenai kerjaya seninya sahaja menjadi bualan ramai, bukannya sisi peribadi untuk dikongsi kepada umum.
“Selama ini saya tidak pernah berkongsi tentang kisah peribadi saya kepada sesiapa. Itulah prinsip saya sejak berada dalam bidang ini. Awak buat kerja awak, saya buat kerja saya. Lagipun dalam kewartawanan, saya percaya banyak skop lain yang boleh ditulis,”

Bagaimanapun, dalam kenyataannya kepada beberapa laman portal media, dia menafikan telah bercerai sebaliknya berlaku salah faham antaranya dengan suami.



Perselisihan faham antara Dira dan suaminya didakwa berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental sehingga timbul beberapa isu dan akhirnya berlaku perbalahan besar sehingga menjejaskan rumah tangga yang dibina selepas lima tahun.

Status Pernikahan Dengan Suami Didakwa Bermasalah, Dira Abu Zahar Beri Penjelasan Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.