Thursday, July 14, 2016

Safiq Rahim, Aidil Zafuan Buat Kejutan Umum BERSARA Dari Pasukan Kebangsaan Dan PUNCA SEBENAR

Pemain tengah, Safiq Rahim, dan pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.

Dalam kenyataan bertajuk "Saya bersara dari Skuad Kebangsaan" yang dikeluarkan laman Facebook Johor Southern Tigers pada jam 5 petang tadi, Aidil berkata mahu memberi peluang kepada pemain muda lain untuk mewakili negara pada perlawanan akan datang.
"Saya Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan untuk bersara dari skuad kebangsaan (dengan rekod 68 kali penampilan bermula Julai 2007) dan ingin memberi peluang tersebut kepada pemain muda lain untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang," kata kenyataan tersebut.

Aidil, 28, turut berasa berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan bersama skuad kebangsaan antaranya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009, kelayakan belia bawah 20 AFC 2005 dan kelayakan Sukan Olimpik 2008.

Dia juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong kariernya sepanjang berkhidmat bersama pasukan kebangsaan.


Selang sejam kemudian, kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, pula mengikut jejak Aidil mengumumkan persaraannya.
"Sudah tiba masanya untuk saya bersara dari skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara. 
"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya dalam skuad kebangsaan terutama penyokong-penyokong bolasepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM," kata Safiq.
ARTIKEL MENARIK:- KEJAM! Isteri Meninggal Dunia Diterajang Suami Bertubi-Tubi Pada Kemaluan... Punca Sebenar Didedahkan!


Kedua-dua pemain Johor Darul Ta'zim itu mula mewakili pasukan kebangsaan sejak 2007, dengan Safiq mengumpul 66 jumlah perlawanan bersama pasukan kebangsaan serta menjaringkan 16 gol. Manakala, Aidil membuat 68 penampilan serta menjaringkan 3 gol.

Penampilan terakhirnya bersama pasukan kebangsaan ialah ketika menentang Fiji dalam perlawanan persahabatan bulan lalu.

Safiq Rahim, Aidil Zafuan Buat Kejutan Umum BERSARA Dari Pasukan Kebangsaan Dan PUNCA SEBENAR Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.