Tuesday, July 12, 2016

Respon Lana Nodin Bila Diminta Kongsi Gambar Anak Kepada Umum

Kerap kali diminta untuk berkongsikan gambar wajah anak pertama mereka, Lana Nodin memohon semua pihak memahami keputusan yang diambil oleh suaminya untuk tidak mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia enam bulan buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk mereka menikmati tugas sebagai ibu bapa.


Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi gambar anak kami di media sosial buat sementara waktu. “Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.
“Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti,” katanya.


Pada masa yang sama, Lana menghormati pendekatan yang diambil oleh suaminya untuk tidak terlalu terbuka menunjukkan wajah anak pertamanya di media sosial. Namun bagaimanapun, Lana berkata, beliau pasti akan menunaikan hasrat peminatnya dan berkongsikan wajah anak perempuan pertamanya kepada umum apabila sudah tiba masanya nanti.

Jadi, sebagai peminat hormatilah keputusan yang dibuat dan sama-sama kita tunggu.

Respon Lana Nodin Bila Diminta Kongsi Gambar Anak Kepada Umum Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.