Monday, July 11, 2016

PUNCA Sebenar Insiden Bas Rempuh 10 Kenderaan di Lebuhraya Plus TERBONGKAR!

IPOH 11 Julai - Seorang pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan di Kilometer 265.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini semalam, direman hari ini bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Ng Geok Nee dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini.


Dalam kejadian pukul 2.45 petang semalam, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah melanggar 10 buah kenderaan semasa sedang menuruni bukit di lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK:- Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? Ternyata Ini Sebabnya!!!

Bas tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu brek tidak berfungsi dengan sempurna dan mengakibatkan bas yang dalam keadaan sedang menuruni bukit itu menjadi laju lalu melanggar kenderaan lain di hadapan. 

Akibat kemalangan itu, seorang wanita berusia 21 tahun sakit di bahagian perut manakala penumpang dan pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak cedera.

PUNCA Sebenar Insiden Bas Rempuh 10 Kenderaan di Lebuhraya Plus TERBONGKAR! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.