Tuesday, July 19, 2016

Polis Keluarkan Kenyataan Mengejutkan Susulan Kehilangan Lima Buah Anak Kapal Di Sabah!

LAHAD DATU 19 Julai - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd. Rashid Harun mengesahkan kesemua lima anak kapal tunda Serudung 3 sehingga kini masih gagal ditemui dan siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.

Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan kesemua mangsa telah diculik, namun masih belum menerima panggilan daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk tuntutan wang tebusan.


Katanya, kesemua mangsa adalah rakyat Malaysia, empat daripadanya berasal dari Tawau, iaitu Abdul Rahim Sumas, 62; Tajuddin Anjut, 45; Fendi Bakran, 26, dan Mohd. Jumadil Rahim, 23, manakala seorang lagi mangsa, Mohd. Riduan Ismail, 32, berasal dari Jengka, Pahang.

ARTIKEL MENARIK:- Astaghfirullahala'zim!!! Mayat Lelaki Ini Ditanam Dalam Tong, Apa Yang Jadi Selepas Berbulan Lamanya Buat Ramai Terkejut

Semalam sekumpulan nelayan menemukan sebuah kapal tunda dengan enjin masih hidup tetapi tanpa anak kapal di perairan Dent Haven berhampiran Lahad Datu.

Kumpulan nelayan berkenaan kemudiannya melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom).

Sumber Utusan Online

Polis Keluarkan Kenyataan Mengejutkan Susulan Kehilangan Lima Buah Anak Kapal Di Sabah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.