Thursday, July 28, 2016

Penyiasat Australia DEDAH 'Rahsia' Disebalik Tragedi MH370 Yang Ramai Tidak Tahu!!!

PERTH, 28 Julai: Penyiasat Australia mendedahkan kepada portal AirlineRatings.com bahawa data menunjukkan MH370 mungkin menurun kepada tahap sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit dalam detik-detik sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Dalam temubual itu, Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood, memberitahu AirlineRatings.com bahawa komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 pada minit-minit akhir menunjukkan bahawa kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada 5,400 kaki (1200) meter seminit sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit.


Peningkatan besar itu menunjukkan bahawa tiada siapa yang mengendalikan pesawat itu, ujar beliau.


Wawancara itu dibuat selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu yang menyebut program simulator penerbangan yang dimiliki oleh juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mendakwa beliau (di dalam simulasi itu) telah meluncurkan pesawat Boeing 777 itu dalam satu pendaratan ke dalam air yang terkawal dan mendakwa bahawa ATSB (selama ini) telah membuat pencarian di tempat yang salah.
"Kami telah mengetahui mengenai laporan FBI itu selama dua tahun dan ia telah dilaporkan secara meluas di dalam media pada masa itu. Ia bukan satu perkara baharu."
Namun Hood menegaskan kepada AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu hanya "berkemungkinan menunjukkan terdapat perancangan dan mungkin niat, tetapi ia tidak memberitahu posisi di mana pesawat itu berada.

Penyiasat Australia DEDAH 'Rahsia' Disebalik Tragedi MH370 Yang Ramai Tidak Tahu!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.