Saturday, July 30, 2016

Pelamin Anganku Musnah! Sebulan Tarikh Nikah, Majlis DIBATALKAN Oleh Bakal Mak Mertua Hanya Kerana 'SATU SEBAB'

Assalamualaikum admin, mohon postkan confession ni sebagai pengajaran utk semua.

Cerita yang aku nak kongsi ni bukanlah pasal aku. Tapi pasal kawan aku yang sepatutnya bernikah syawal ni tapi cancel sebab si perempuan tak pandai masak. Ya, bunyinya agak kolot bagi aku jugak.

Ceritanya bermula bila aku menjadi orang tengah untuk kawan aku dan bekas tunangnya ni. Aku yang perkenalkan mereka. Aku kenal perempuan tu, memang baik orangnya, bab agama pun lulus dah. Bab muka pun boleh tahan. Pandai bergaul dengan orang tua. Dengan budak kecik pun dia pandai bergaul maybe sebab dia datang dari keluarga yang besar.

Lepas aku perkenalkan mereka, memang jatuh hatilah kawan aku ni dekat perempuan ni (kawan aku jugak). Yela, kita mestilah nakkan yang terbaik kan untuk kawan sendiri dan aku pun memperkenalkan mereka berdua sebab aku rasa dua dua cocok, dua dua sama baik, sama padan. Nak dijadikan cerita setelah beberapa bulan (hampir setahun jugak, 7-8 bulan kot?) diorang ada la berkenalan, berkawan, kenal hati budi masing-masing yang lelaki ni pun ada juga datang bertandang ke rumah perempuan ni, kira nak curi hati family and mak ayah perempuan la. Aku la tukang temannya kahkah.


Family perempuan semua okay dengan yang lelaki. Part tu tak ada masalah dah. Melihatkan kepada ‘lampu hijau’ daripada family si perempuan ni, kawan aku pun decide untuk mengahwini si perempuan. Dia pun bincang dengan aku, aku pun kenal dia ni memang bertanggungjawab dan matang orangnya. Tak jadi masalah untuk dia kahwin walaupun kami baru 23 tahun. Aku pun kata “Okay kalau kau rasa betul nak kahwin dengan dia” Dia punya muka toksah cakaplah senyum sampai telinga bila parents dia pun bagi green light untuk dia kahwin.

Maka datanglah rombongan meminang si perempuan. Time ni aku teman kawan aku, dia tak ikut, mak ayah dengan sedara mara dia je pergi. Dia punya tak senang duduk tu masyaAllah! Berdebar agaknya nak tahu si perempuan terima ke tak. Aku tak tahulah perasaan tu macam mana, tak rasa lagi hahahaha. Okay so mereka ni pun bertunang laaaaaaaa. Tempoh pertunangan dah ditetapkan selama 3 bulan. Maknya kata sempatlah dalam tempoh tu nak berkenalan dengan bakal menantu perempuannya tu.

Aku dengan kawan aku ni rapat, almost everything kitorang share sama-sama, so sepanjang dia bertunang tu aku la tolong dia selesaikan apa-apa masalah. Sepanjang tempoh pertunangan diorang tu, mak kawan aku ni selalu jugak jemput si perempuan datang rumah, diorang spend time sama sama sebab nak berkenalan la kannn. Tiba-tiba sampailah satu kali ni, ada baki lagi sebulan sebelum diorang nikah, bulan puasa la ni, memang kalut jugak lah aku tengok kawan aku nak siapkan semua benda.

Mak kawan aku ajak si perempuan datang rumah. Kali ni bukan spend time macam biasa, kali ni dia interview si perempuan pasal masak. Kawan aku ni pandai masak. Masa tu lah maknya tahu tunang anaknya ni tak pandai masak! Bagi aku benda kecik je tu. Tapi tak tahulah maybe sesetengah orang, benda macamni sangat penting untuk dia. Mak kawan aku ni takde la hangin ke apa, cuma dia ada sindir kata buat apa la nak bini tak pandai masak nanti suami je kena masak. Aku masa dengar tu cam “Ek eh makcik ni” muka kawan aku pun berubah macam tak percaya mak dia nak kata macamtu.


Kawan aku ada back up tunang dia, tapi mak dia memang berkeras tak suka orang tak pandai masak. Bergaduh jugaklah kawan aku ni dengan mak dia. Kata maknya kakak ipar kawan aku semua pandai masak, bolehlah nak diharap. Kalau yang tak pandai masak nanti balik tak masak, anak dia nak makan jugak isteri dia masak. Aku tepuk dahi je masa tu. Kawan aku tak mampu nak kata apa dah. Cancel la kahwin semata-mata sebab perempuan ni tak reti masak. Lagipun siapa selesa kan nak kahwin kalau mak sendiri tak suka dengan pasangan kita?

Aku pulak yang emosi time tu. Sebab bagi aku, masak ni semua orang boleh belajar kot? Masterchef kids pun wujud, maknanya semua orang boleh belajar masak. So kalau dia tak reti masak tu, apa masalahnya? Suami dia la tolong ajarkan dia masak, and why not guna peluang tu untuk mak mertua ajar anak menantu dia masak? Dalam masa yang sama boleh rapatkan hubungan. Kan?

Zaman dah berubah kot. Kadang-kadang perempuan sekarang tak reti masak bukannya apa, kau bayangkan la dia duduk kampus, duduk kolej, mana la boleh nak masak dekat bilik? (unless jenis yang buat kerja gelap memasak dalam bilik tu lain la atau duduk rumah sewa, boleh masak) Dekat kolej beli je makanan. Tu tak campur lagi faktor lain macam dia jarang balik kampung sebab kolej dengan rumah terlampau jauh, tambang nak balik mahal, berapa kali je setahun dia balik rumah merasa pergi dapur? Dan lagi ada jugak yang bila cuti berbulan tu pergi kerja part time, balik kerja mak dia dah sediakan pun makanan, sabtu ahad sekadar tolong2 sikit kat dapur je tu pun tak cukup lagi untuk buat seorang perempuan tu terus pandai masak (aku taulah ni semua kakak2 aku, aku perhatikan memang macamnilah).

Waduh. Makcik, kadang-kadang bukannya orang tu tak teringin nak belajar masak, tapi kalau masa takde macam mana? Kakak kakak aku bila dah kerja duduk jauh dari family, pandai je diorang masak. Balik kampung sebut je nak makan apa semua dah pandai masak dah. Sebab apa? Sebab bila dia dah duduk jauh tu dia pandailah nak survive, rajinlah dia nak masak sendiri. Aku emosi betul sebab kawan aku a.k.a anak dia sendiri pandai masak, takde hal la pandailah budak tu ngajor wife dia masak.

Kadang-kadang mak mak ni over tau tak? So sekarang ni kawan aku bujang lagilah. Takpe lah bukan jodoh dengan perempuan tu kot. Nasib baiklah masa cancel tu secara baik, tak ada masalah gaduh gaduh and dia pun berkawan je lagi macam biasa dengan bekas tunang dia tu. Dari dulu aku geram kalau dengan mak mak yang suka bangkitkan benda remeh camni. Dia punya zaman lainlah. Sekarang zaman lain.

Akhir kata janganlah korang atau parents korang jadikan benda remeh ni masalah besar. Masak tu bukannya tak boleh belajar wei. Nanti dah kahwin kau belajarlah masak dengan pasangan kau. Bukan susah pon. Lelaki pun satu hal, aku malu betul dengan kaum aku yang suka merendah-rendahkan perempuan tk pandai masak. Eh ko dah kenape? Bukan tanggungjawab dia sekadar nak kasi kau makan. Apa salahnya kalau kau pun nanti masak sama-sama dengan wife kau? Sebab aku pernah jumpa lelaki yang melayan isteri dia macam hamba, bukan sebagai isteri. Kerja nak suruh isteri masakkkk je dia tak tolong yang dia tahu perut dia buncit dengan makanan.

Please la hadam apa yang aku cuba sampaikan.

– kawan anak makcik

Sumber:- IIUM Confessions - BM

Pelamin Anganku Musnah! Sebulan Tarikh Nikah, Majlis DIBATALKAN Oleh Bakal Mak Mertua Hanya Kerana 'SATU SEBAB' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.