Saturday, July 16, 2016

PANAS! Sharifah Sakinah Dikritik Peminat, Muat Naik Gambar Berbikini

Nama Sharifah Sakinah bukanlah asing lagi di persada hiburan malah seringkali mencetuskan kontroversi panas mengaitkan dirinya. Jika baru-baru ini dia dan suami menunaikan umrah di Mekah mendapat respon positif ramai yang selama ini mendoakan agar artis tersebut berubah namun persepsi peminat nampaknya mulai berubah apabila dia sekali lagi mencetuskan kontroversi panas.


Gara-gara bergambar dengan menampakkan pakaian dalam ketika sedang bercuti, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini telah dikecam oleh pengkritik di laman Instagram malah dalam masa yang sama turut mendapat teguran.



Bagaimanapun, gambar tersebut telah pun dipadam kerana telah mengundang pelbagai reaksi negatif. Sementara itu, Sharifah Sakinah sebelum itu tidak mudah melatah selain tidak melayan komen yang ditinggalkan di Instagramnya itu. Malah, himpunan doa peminat juga membanjiri komen tersebut agar pelakon ini berubah satu hari nanti.

Bagaimanapun ada di antara peminat yang bergaduh selain menyifatkan Sakinah jujur dengan diri sendiri dan tidak hipokrit seperti segelintir selebriti lain. Apa pun, semoga Sharifah Sakinah selamat di bumi orang. Ramai yang tegur mungkin kerana rasa sayang.

PANAS! Sharifah Sakinah Dikritik Peminat, Muat Naik Gambar Berbikini Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.