Tuesday, July 19, 2016

PANAS! Gambar Dimuat Naik Adi Putra Dan Aida Yusof Cetus Tanda Tanya Peminat

Pada 16 Julai lalu, Adi Putra mengejutkan industri hiburan tempatan apabila gambar pernikahan dengan isteri keduanya yang merupakan pegawai beruniform di sebuah agensi kerajaan tersebar meluas di Internet sehingga menyebabkan pelakon itu terpaksa membatalkan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri dan ulang tahun penubuhan kelab peminatnya yang sepatutnya diadakan pada keesokan harinya.

Sehingga ke hari ini Adi Putra mendiamkan diri daripada menjelaskan perkara sebenar ditambah pula dengan Tersebar Gambar Adi Putra Nikah Lagi, Ini Respon Isteri Beliau Di Luar Jangkaan! dan Kecoh Gambar Nikah Tersebar, Wanita Didakwa Isteri Kedua Adi Putra Akhirnya Tampil 'Buka Mulut' sekaligus mencetuskan tanda tanya dihati peminat yang ingin mengetahui berhubung perkara tersebut. 

Aktor, Adi Putra, 35 dan isterinya, Aida Yusof, 41, cuba bermain teka-teki dengan pengikut laman Instagram mereka apabila kedua-duanya memuat naik gambar serupa kira-kira pukul 3.45 petang kelmarin.


Tanpa menyertakan sekali kapsyen yang jelas, sama ada Adi mahupun Aida hanya meletakkan emotikon berbentuk senyuman, lantas mengundang segelintir pengikut laman sosial itu saling berteka-teki membuat telahan masing-masing.



Bukan itu sahaja, di ruangan komen, masih terdapat segelintir peminat Adi yang memarahinya kerana menduakan Aida, namun pada masa yang sama, sebahagian daripadanya mendoakan agar kedua-dua rumah tangga yang dibina pelakon KL Gengster itu berkekalan.

Difahamkan oleh sumber terdekat, Adi dan Aida sedang bercuti di luar negara sehingga hujung minggu ini dalam usaha pelakon berkenaan cuba menenangkan hati isteri pertamanya itu yang baru sahaja menerima madu.

PANAS! Gambar Dimuat Naik Adi Putra Dan Aida Yusof Cetus Tanda Tanya Peminat Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.