Saturday, July 16, 2016

Nikah 16 September Depan, Inilah IDENTITI Sebenar Bakal Isteri Saharul Ridzwan Bukan Calang-Calang Orang!

Ketika pelakon Saharul Ridzwan, 27, mahu merahsiakan identiti bakal isterinya, wanita yang dimaksudkan itu sebenarnya individu yang pernah dikaitkan dengan dia sebelum ini.

Sumber mengesahkan, bakal isteri aktor itu ialah Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, pemilik butik Wrap yang menjual pakaian muslimah.
"Apa yang dapat saya sahkan, Saharul akan berkahwin pada pertengahan September depan dengan wanita bernama Qaabila yang pernah digosipkan dengan dia sebelum ini,” kata sumber berkenaan.
Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, sebelum ini pernah memuat naik gambarnya bersama wanita itu di laman Instagram miliknya namun gambar-gambar berkenaan terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.


Saharul turut memohon maaf kepada Qaabila dan keluarga kerana gambar-gambar tersebut turut memberi kesan tidak baik kepada wanita itu dan keluarganya.

Dalam pada itu pasangan berkenan bakal disatukan dalam sebuah majlis yang bakal diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September depan mengambil barakah hari Jumaat.


Qaabila merupakan anak sulung daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan. Dia dilahirkan di Petaling Jaya dan dibesarkan di Gombak Selangor.


Sumber berkata, kad jemputan untuk tetamu ke majlis pernikahan pasangan itu akan diedarkan pada bulan depan.

Dalam pada itu Saharul yang dihubungi tidak memberi respons untuk mendapatkan perkembangan mengenai perkahwinannya itu.

Nikah 16 September Depan, Inilah IDENTITI Sebenar Bakal Isteri Saharul Ridzwan Bukan Calang-Calang Orang! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.