Saturday, July 23, 2016

MENGEJUTKAN! Adlin Aman Ramli Ditahan Polis Dan PUNCA SEBENAR

Pelakon dan pelawak terkenal merupakan antara 14 individu yang ditahan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai sebanyak RM35 juta dalam beberapa siri tangkapan Khamis lalu.

Laporan Kosmo menyebut, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut menahan dua lelaki bergelar Datuk Seri yang juga dalang utama sindiket tersebut menerusi Operasi Nuri 2 di sekitar Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.



Satu sumber berkata, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di kediamannya di Cyberjaya pada 2 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
“Kita juga difahamkan pelawak itu berperanan melindungi dalang utama serta menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain.
“Kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
 

MENGEJUTKAN! Adlin Aman Ramli Ditahan Polis Dan PUNCA SEBENAR Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.