Wednesday, July 27, 2016

MENGEJUTKAN! Adi Putra Umum Bersara Dari Industri Hiburan Dan PUNCA Sebenar

Selepas beberapa kali dihimpit kontroversi berkaitan wanita, Adi Putra akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada industri hiburan, namun tetap kekal aktif dalam industri perfileman tempatan. Keputusan itu dibuat kerana ingin memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan gosip dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjaya.
“Saya akan keluar daripada industri hiburan tanah air tetapi saya tetap akan kekal dalam industri perfileman. Saya mempunyai perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya di dalam dunia perfileman,” katanya.


Tempoh hari, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan sekeping gambar menunjukkan Adi telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly. Perkara itu juga akhirnya telah diakui oleh Adi sendiri, manakala majlis resepsi pula masih di dalam perancangan namun baginya ia bukanlah keutamaan beliau buat ketika ini.


Apabila ditanya mengenai kehidupan berpoligami, Adi berkata, buat masa ini tidak banyak beliau boleh kongsikan memandang dirinya juga masih baru dan tidak mahir di dalam kehidupan berpoligami. Namun katanya, setakat ini kehidupan beliau bersama kedua-dua isteri tidak mempunyai masalah dan masih bahagia bersama kedua-dua wanita itu.

MENGEJUTKAN! Adi Putra Umum Bersara Dari Industri Hiburan Dan PUNCA Sebenar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.