Saturday, July 30, 2016

Masih Ingatkah Pasangan Zulkifli Dan Normala? Lihat Apa Yang Jadi Pada Mereka Buat Ramai SIMPATI!!!

SHAH ALAM: Pasangan pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 70, dan Datin Normala Omar, 58, kini berkerusi roda dan bergantung harap pada anak untuk bergerak.

Zulkifli diserang penyakit angin ahmar, Januari lalu, menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri. Beliau juga menderita penyakit paru-paru berair dan April lalu, pelakon terbabit sekali lagi mendapat serangan jantung. 


Kehidupannya semakin rumit apabila Normala pula patah kaki kiri kerana terjauh dari katil, bulan lalu. Masih memerlukan rawatan susulan, kedua-duanya kini tinggal di rumah anak perempuan mereka, Norzizi Zulkifli. 


Norzizi berkata, beliau baharu saja menamatkan pengajian selama tiga tahun di Australia apabila dimaklumkan mengenai penyakit dialami bapanya. 
"Kedua-duanya memerlukan anak di sisi kerana mereka langsung tidak boleh berjalan. Mereka juga masih menjalani rawatan susulan, termasuk fisioterapi.
"Jadi, walaupun bekerja, kami adik-beradik akan tetap menjaga mereka berdua. Kami juga mempunyai jadual giliran memandangkan tahap kesihatan mereka tidak menentu," kata Norzizi ketika ditemui di kediamannya. 

Menyelami nasib pasangan pelakon terbabit, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, tampil memberikan sumbangan. Zulkifli popular menerusi filem Sayang Anakku Sayang pada 1981. 

Filem lain lakonannya adalah Penentuan (1982), Kecil-Kecil Cili Api (1996), Anak Mami Kembali (2005) dan Cicakman (2006). Normala pula sebelum ini muncul dalam pelbagai drama dan sering digandingkan dengan Zulkifli sebagai suami isteri. 

Pelakon ini juga membintangi beberapa filem seperti Sesejuk Air Mata Ibu (1981), Serampang Tiga (1981), Kelisa (1992), Cinta Fotokopi (2005) dan Potret Mistik (2005). 

Beliau turut bergelar penyanyi pada dekad 80-an dan popular dengan lagu Citra Cinta.

Masih Ingatkah Pasangan Zulkifli Dan Normala? Lihat Apa Yang Jadi Pada Mereka Buat Ramai SIMPATI!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.