Wednesday, July 13, 2016

Masih Ingatkah Dengan Anak Kecil Ketagih Hisap 40 Batang Rokok Sehari? Lihat Gambar Terkininya Sangat Mengejutkan!!!

Menjadi viral suatu ketika dahulu dengan kisah seorang kanak-kanak lelaki kecil yang ketagih menghisap 40 batang rokok dalam sehari. Ardi Rizal yang pada ketika itu usianya baru mencecah dua tahun menjadi tumpuan dan perhatian dunia dengan kelakuan paranormal tersebut.

Ardi mula belajar merokok dengan bapanya ketika berusia 18 bulan lagi. Bila tidak diberi rokok, Ardi bertindak marah sehingga menghantukkan kepalanya di tembok. Kisah Ardi ini mendapat liputan meluas dan hangat oleh semua jenis media yang nyata terkejut dengan tabiatnya itu.


Bagi menghentikan tabiat buruk Ardi, beberapa organisasi kanak-kanak cuba membantu dengan menerapkan cara hidup hidup sihat. Akhirnya ketagihan merokok luar biasa Ardi dapat diselesaikan, akan tetapi akibat daripada perubahan tersebut tiba-tiba selera makan Ardi mula meningkat menyebabkan tubuh badan Ardi menjadi obesiti.


Sejak saat itu, Ardi menjalani pelbagai rawatan terapi bagi menerapkan atau mengamalkan cara hidup sihat. Namun kini Ardi sudah berupaya untuk berhenti dari tabiat luar biasa terhadap ketagihan rokok dan berhasil menurunkan berat badannya.

Masih Ingatkah Dengan Anak Kecil Ketagih Hisap 40 Batang Rokok Sehari? Lihat Gambar Terkininya Sangat Mengejutkan!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.