Wednesday, July 27, 2016

Malam Karang Saya Hantar KFC Untuk Awak Makan Semua - (VIDEO) Reaksi SPONTAN Sultan Johor Jumpa Pelajar Tepi Pantai

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, ketika bersiar-siar di tepi pantai tidak menyangka akan berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sekumpulan pelajar berkenaan mengikuti aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing yang tidak jauh dari Istana Sri Mersing milik Sultan Ibrahim.


Mereka yang melihat Baginda yang memandu Land Rover berwarna oren telah melambai-lambai tangan dan mendekati Tuanku.
"Makan sedap tak semua," tanya Tuanku Sultan kepada mereka.
"Belum makan lagi, lapar," jawab pelajar-pelajar berkenaan.
"Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC," bagitahu baginda membuatkan pelajar-pelajar berkenaan melonjak gembira.





Kelihatan ada pelajar yang mencium tangan Baginda sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada pemimpin nombor satu Johor berkenaan.


Sultan of Johor : Bersama pelajar SMK Kangkar Pulai, Mersing, 20 Jul 2016. #sultanibrahimofficial #sultanjohor #royaljohor #muafakatbangsajohor #sultanjohordanrakyatberpisahtiada #jdt
Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Monday, July 25, 2016

Malam Karang Saya Hantar KFC Untuk Awak Makan Semua - (VIDEO) Reaksi SPONTAN Sultan Johor Jumpa Pelajar Tepi Pantai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.