Sunday, July 10, 2016

Kisah Penghijrahan Dikritik Ramai, Ini Komen 'Makan Dalam' Safiey Ilias Buat Semua TERDIAM!!!

Safiey Ilias merupakan nama paling trending sejak Disember 2015 sehingga kini. Sejak jutawan muda ini berkongsi gambar menunjukkan dirinya yang terlantar di katil hospital, Kisah Jutawan Komestik Terkenal Buang Payudara Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan Jadi Viral! dan menjadi bualan masyarakat.

Safiey berkongsi momen hijrah dirinya: Meninggalkan dunia pondan dan kembali menjadi lelaki sejati!

Kisah hidup Safiey akan berterusan menjadi milik masyarakat. Keberanian berkongsi pengalaman pembedahan membuang implan payudara satu kejutan. Safiey menjadi ikon penghijrahan.

Masyarakat memerlukan Safiey sebagai agen agama dan sosial untuk mempromosi: Nilai-nilai kembali ke fitrah kurniaan Allah.

Walaupun baru enam bulan dalam lensa masyarakat, sumbangan Safiey sudah jelas kelihatan. Meskipun masyarakat bukan mahukan jumlah: Berapa ramai pondan/transgender yang sudah berjaya disedarkan Safiey?


Masyarakat perlukan Safiey sebagai ikon dan testimomi: Bahawa kembali ke fitrah Allah itu satu hijrah yang indah.

Safiey anak muda luar biasa. Dia berubah meninggalkan dunia pondan pada usia 24 tahun. Ketika di puncak glamor. Selain itu, Safiey mencipta pesona kerana menjadi jutawan pada usia 19 tahun.

Safiey ikon kejayaan anak muda yang bekerja kuat untuk berjaya sebagai penjual kosmetik. Safiey tidak lokek. Sejak dirinya jadi perhatian, dia membayar perhatian masyarakat dengan ketekunan berdakwah.



Jangan salah faham. Berdakwah bukan bermaksud Safiey sudah menjadi ustaz mi segera. Dia berdakwah dengan caranya sendiri. Safiey berusaha mendekati dan meyakinkan rakan-rakan baiknya yang masih berada dalam dunia glamor pondan supaya berhijrah.

Konsep dakwah Safiey mudah: Hijrah dan fitrah ke jalan Allah itu indah!

Syawal kali ini bagi Safiey pastinya sangat bererti. Tahun ini dia beraya bersama keluarga sebagai anak lelaki yang sudah dewasa. Jangan lupa: Safiey tidak pernah dibuang keluarga. Safiey amat disayangi ibu bapa dan kakaknya.

Selama menjadi pondan, Safiey hidup dalam doa demi doa ahli keluarga. Namun dugaan sentiasa ada. Selain dihargai, ada yang kekal membenci. Atau lebih dahsyat mulai membenci semata-mata kerana Safiey berubah.

Itu hal asam-garam dunia. Apatah lagi, Safiey berhijrah dalam keadaan serba mewah. Hidup baharunya diteruskan sebagai usahawan dan jutawan.

Perkongsian Safiey di Facebook terutama kehidupan harian, ada kalanya disalah tafsir. Apabila nampak gambar berdakwah, dia dituduh riak. Apabila nampak gambar kereta mewah, dia dituduh bongkak.

Menurut Safiey di laman Facebooknya: Maaf saya bukan menunjuk nunjuk . Ini sahaja yg saya ada .

Kalau saya ada isteri mcm anda , saya upload la gambar isteri . Kalau saya ada anak mcm anda , hari2 saya upload gmbr anak saya walaupun dia tengah mandi dan pakai pampers serta minum susu tin .

Segala apa yg saya upload adalah apa yg saya miliki . Sebagaimana anda sendiri selalu upload apa yg anda ada . Saya pun upload apa yg saya ada . Tidak kisah manusia atau barang . Saya tidak pernah kata anda riak upload gambar bercuti bersama keluarga , atau upload gambar anak2 , atau upload gambar anda tengah basuh kereta jenama Malaysia atau Jepun sekalipun . Atau anda sedang berjubah atau berpurdah dalam majlis agama .

Saya tidak punya masa untuk komen dan menilai org riak itu ini sebab ibadah saya byk lg berhutang dgn Allah .

Jgn lah bila kamu tak ada apa yg saya ada , kamu nak blame saya itu ini . Sedangkan saya tak pernah ambil tahu apa yg kamu ada dan tak ada .

Sejak saya mula bisnes menaiki teksi pun hari2 saya upload gambar pergi pos barang naik teksi , sbb masa tu itu sahaja yg saya ada ! Cuma satu saya nak pesan , saya bermula drpd 1001 kepayahan yg menjadi inspirasi kepada semua . Insyaallah.

Serangan pesimis dengan pelbagai tuduhan sebenarnya isu lumrah manusia. Risiko kebencian, serta pelbagai tuduhan berdasarkan persepsi, masih menjadi masalah utama manusia.

Inilah juga isu yang kekal berleluasa dalam kalangan masyarakat intelek sekali pun di Harvard dan Cambridge.

Isu serangan bermotifkan rasa dengki masih isu nombor satu dalam kehidupan artis dan sosialit popular di Hollywood. Malah, masih menjadi krisis sosial sekali pun di kalangan masyarakat luar tamadun di tengah hutan Amazon.

Serangan dengki-mendengki kerana dorongan hati yang rosak juga masih isu utama di kalangan paderi dan ulama. Masih isu harian di kalangan para ustaz. Sekali pun hidup harian bergelumang antara kitab dan Al-Quran! Kerana manusia memang sentiasa berhadapan dengan penyakit hati. Malah, manusia terpaksa memeranginya sepanjang zaman sejak Adam terlempar ke dunia sampailah Izrael meniup Sangkakala.

Safiey mungkin bersedih kerana dirinya dicela secara berpanjangan. Isu gambar kereta, momen dakwah dan gambar rumahnya sering dicela dengan kata-kata yang yang sangat melukakan perasan.


Ayuh kita jengah FB Safiey. Tetapi tidak perlu kita perangi pembenci Safiey. Orang jenis ini akan terus dilahirkan hingga dunia kiamat. Sebab mereka adalah perhiasaan untuk mengindahkan lagi kehidupan orang yang beriman!

Kepada Safiey yang comey: “Jom… kita terus bergerak ke hadapan. Anda punya peluang seluas jarak antara terbit dan tenggelam matahari untuk berbuat kebaikan!”
Insya-Allah….

Kisah Penghijrahan Dikritik Ramai, Ini Komen 'Makan Dalam' Safiey Ilias Buat Semua TERDIAM!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.